Warga Tionghua terharu dirai mantan wakil rakyat

- Advertisement -

BUKIT GANTANG: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Bukit Gantang telah meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dengan menyampaikan kad ucapan kepada warga Tionghua sekitar Pekan Simpang dan Kuala Sepetang, di sini semalam.

- Advertisement -

Program dipimpin oleh Naib Presiden PAS, Idris Haji Ahmad mendekati para peniaga dan pengunjung pasar-pasar di sini turut disertai, Yang DiPertua, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman dan Pengerusi Lajnah Perpaduan, Rosnah Mohd Salleh.

Rata-rata mereka amat mengenali kelibat Ustaz Idris selaku mantan Ahli Parlimen Bukit Gantang yang sering turun padang dan terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan walaupun tidak lagi bergelar sebagai wakil rakyat.

Malah, ada di antara mereka bertukar-tukar pandangan dan meluahkan isi hati mengenai perkembangan tidak menentu politik negara serta kelembapan ekonomi yang berpanjangan.

Selain mengedarkan kad ucapan, program ini juga menyampaikan jemputan ke program Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Perak pada 1 Februari depan di Yat Tong Ku Temple, Kamunting. – HARAKAHDAILY 25/1/2020

- Advertisement -