Perutusan CNY Biro Perpaduan Nasional

- Advertisement -

DENGAN nama Allah Tuhan Semesta Alam. Tuhan Yang menciptakan semua bangsa, semua kaum.

Tahun Baharu Cina bermula pada hari pertama dalam kalendar tradisi Cina.

Oleh kerana ia bermula dengan kemunculan bulan baharu, fenomena ini sebenarnya melambangkan perayaan Kaum Tionghoa adalah sambutan tahun baharu lunar.

Sambutan tahun baharu lunar atau tahun baharu Cina disambut lazimnya bermula malam tahun baharu dan berakhir pada hari ke 15.

Sambutan tahun baharu ini merupakan waktu teramat penting bagi ahli keluarga bertemu, merapatkan serta menjalin hubungan kekeluargaan setelah penat bekerja dan bertebaran di merata tempat di seluruh pelosok dunia.

Ia merupakan di antara cuti terpenting tahunan bagi golongan Tionghoa.

PAS adalah pertubuhan yang berjuang di atas prinsip universal yang sesuai buat semua golongan manusia dalam semua keadaan.

PAS berpegang teguh kepada prinsip yang bermanfaat bagi semua manusia malah makhluk lain seperti haiwan dan alam sekitar juga diambil kira.

PAS mengerti kepelbagaian dan diversiti bangsa, budaya, bahasa bahkan agama dan menghormati serta mengiktiraf kewujudan kepelbagaian ini adalah dengan izin Yang Maha Pencipta jua.

Bagi PAS perbezaan kaum dan agama adalah kerja Tuhan. Noktah. No issue.

PAS mahu mempraktikkan protokol yang disediakan oleh Tuhan yang sama ini bagi membawa kebaikan kepada semua.

PAS telah memulakan satu usaha serius di bawah Biro Perpaduan Nasional PAS Pusat (LPN) yang mengarahkan pimpinan dan ahli akar umbi PAS seluruh negara memulakan langkah berkawan dengan seramai mungkin Non Malays – Non Muslims.

PAS mahu menterjemahkan slogan PAS For All dalam bentuk tindakan sebenar.

InsyaAllah dalam siri program li ta’arafu LPN, PAS mahu mendengar dan memahami keperluan dan kepentingan serta isu yang dihadapi oleh semua kaum dalam negara. Kami masih belajar tetapi PAS serius mahu membuktikan Islam boleh memimpin perpaduan. Usah takut kepada PAS. Please give us a chance…

PAS melihat kaum Tionghoa sebagai kaum yang bijak, rajin dan rasional. PAS yakin kaum Tionghoa boleh menerima dan akan menyokong PAS sekiranya mereka memahami perjuangan PAS yang setakat ini disalah tanggap sebagai kolot, anti kemajuan dan pembangunan, eksklusif dan menyusahkan hidup.

Ini cabaran besar buat PAS. Mission impossible? InsyaAllah possible!

Semoga tahun baharu 2020 mencatatkan momentum perpaduan antara kaum. Masing-masing kita mempunyai peranan. Berilah peluang kepada PAS membuktikan ‘PAS for all’.

Sempena tahun baharu Cina, marilah kita rapatkan hubungan antara kaum.

Kepada semua kaum Tionghoa selaku Pengerusi Biro Perpaduan Nasional PAS Pusat, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina.

“Xin Nian Kuai Le”

“Gong Xi Fa Cai”

“Wan Shi Ru Yi (May everything goes well with you)”

“Nian Nian You Yu ( May you have abundance every year)”

“Shen Ti Jian Kang (Wishing You Good Health)”

- Advertisement -

DR HALIMAH ALI
Pengerusi
Lajnah atau Biro Perpaduan Nasional (LPN) PAS Pusat – HARAKAHDAILY 25/1/2020

- Advertisement -