PAS Kepala Batas kunjung warga kaum Cina

- Advertisement -

KEPALA BATAS: PAS Kawasan Kepala Batas telah merai dan menyantuni masyarakat kaum Tionghua sempena perayaan Tahun Baharu Cina dengan mengadakan kunjungan muhibah dan mengagihkan kuih dodol, petang semalam.

- Advertisement -

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kepala Batas, Naemah Md Fadzil yang memimpin inisiatif ini turut hadir bersama Timbalan Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Md Sobhi Omar di Pekan Bumbung Lima, di sini.

Menurut Sobhi, masyarakat kaum Tionghua masih hidup mesra dan harmoni serta saling mengenali dan hormat-menghormati bersama penduduk kaum lain yang tinggal dalam Parlimen ini

“Kita berharap program ini dapat memberi gambaran dan imej baik kepada PAS sebagai parti Islam yang mesra dengan semua lapisan masyarakat sebagai tonggak dalam memimpin Muafakat Nasional,” ujar beliau.

Program rutin setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina ini merupakan satu usaha PAS Kepala Batas mengeratkan hubungan dengan warga setempat yang terdiri dari penduduk pelbagai kaum- HARAKAHDAILY 24/1/2020

- Advertisement -