Jumpa Tun M bukan minta masuk kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertemuan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sama sekali tidak meminta untuk pihaknya memasuki Kabinet atau kerajaan, sebaliknya hanya berkait perkara pemerintahan di bawah PAS.

- Advertisement -

“Saya berjumpa dengan orang bila perlu. Kalau tak perlu tak ada pun. Saya anggap perlu baru saya berjumpa. Kalau tak perlu saya tak berjumpa dengan siapa-siapa dia. Dan saya berjumpa dengan semua Perdana Menteri, saya jumpa masa dia jadi Perdana Menteri, masa tak jadi Perdana Menteri saya jumpa.

“Masa Tun jadi Perdana Menteri dulu saya pernah berjumpa, masa beliau dulu tahun 90-an, dan masa beliau tak jadi Perdana Menteri pun saya pernah berjumpa, saya ziarah beliau di hospital. Tak ada apa-apa kepentingan.

Begitu juga dia jadi Perdana Menteri sekarang ini pun saya jumpa dia, bukan nak minta jadi masuk dalam Kabinet. Tak runsinglah. Tak pergi minta nak masuk kerajaan. Kita minta hal lain. Kita minta hal urusan negeri yang kita memerintah sahaja. Kita tak campur urusan lain.

“Dan kita tak ada hasrat nak masuk PH pun. Tak perlulah,” ujarnya menjelaskan kepada media berikutan gambar yang tular melibatkan satu pertemuan dengan turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan pimpinan BERSATU, Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Marang itu turut menyatakan bahawa dakwaan pertemuan tersebut bakal mengubah landskap politik negara adalah andaian pihak tertentu sahaja, sedangkan ia bermaksud sebagaimana telah dijelaskan Dr Ahmad Samsuri dan Setiausaha Agung PAS.

“(Melibatkan perkara) Hubungan negeri dengan Pusat. Hubungan Islam, kepentingan Islam. Dan saya sokong Sidang Kemuncak Kuala Lumpur. Dan saya hadir sidang itu. Itu. Hal kerajaan PH itu bukan urusan saya,” terang beliau.

Menyentuh mengenai pendirian untuk Tun Mahathir mengekalkan jawatan sehingga habis penggal, beliau menegaskan bahawa amalan demokrasi dan sebab rakyat memilih PH dahulu kerana Tun diangkat memimpin pasukan itu.

Malah, beliau secara terbuka menjawab soalan media mengenai hasrat Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu dengannya bahawa ia diterima seandainya terdapat keperluan atau hal yang penting. – HARAKAHDAILY 24/1/2020

- Advertisement -