Indera Mahkota cungkil bakat penceramah Muslimat

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Bagi mencungkil bakat-bakat baru sebagai penceramah untuk persediaan menghadapi PRU15, Lajnah Penerangan Media Baru Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota telah mengadakan Pertandingan Ceramah baru-baru ini di PUTRA Balok.

- Advertisement -

“Program ini selain mencungkil bakat-bakat baru, adalah juga sebagai latihan bagi peserta untuk berani berhadapan dengan masyarakat dalam menyampaikan dakwah.

“Juga supaya risalah perjuangan parti untuk mengajak masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar,” kata Ketua Penerangan Muslimat PAS Indera Mahkota, Habsah Ali.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Muslimat PAS Indera Mahkota, Salwani Saleh yang menyentuh mengenai sikap merendahkan diri kerana sebagai seorang suri rumah, namun tidak boleh dibiarkan menjadi alasan dalam kerja-kerja dakwah.

“Sesiapa yang pantas merebut peluang untuk mendapat ganjaran dari Allah S.W.T, maka dialah yang beruntung. Kita hendaklah perlu sentiasa peka dan berjaga-jaga dalam merebut peluang dalam mempersiapkan diri untuk dilatih dan diuji dari masa ke masa.

“Setiap aktiviti untuk menambahkan pengalaman kita dalam berkomunikasi dengan _mad’u_ khasnya kepada pengundi kita.  Ianya adalah penting untuk menambahkan keyakinan kita dalam gerakerja yang kita lalui,” kata Salwani Saleh.

Menurutnya lagi, tugas Lajnah Penerangan dan Media Baru semakin mencabar dan memerlukan petugas-petugas yang agresif di alam siber untuk mengupas isu-isu semasa dan pandai menulis.

Pertandingan yang julung-julung kali diadakan telah mendapat sambutan seramai 12 peserta dan Johan pertandingan ini adalah Cik Ku Saherawati Cik Ku Jusoh dari Cawangan Beserah Tengah.

Manakala, Naib Johan oleh Nur Farhin Nadhira Sakry dari Cawangan Balok Sejahtera dan tempat ke tiga oleh Siti Nadiah Badarun dari Cawangan Beserah Selatan. – HARAKAHDAILY 24/1/2020

- Advertisement -