Uyghur: Fakta atau auta?

- Advertisement -

SEJARAH penjajahan Kerajaan Komunis China terhadap Turkistan Timur pada 1949, adalah benar!

Sejarah penjajahan Kerajaan Komunis Soveit Union terhadap Turkistan Barat (sekarang 6 buah negara berasingan) adalah benar!

Tujuh dekad sejarah penindasan Kerajaan Komunis China terhadap Muslim Uyghur adalah benar!

Kewujudan pusat tahanan yang melibatkan lebih 3-5 juta Muslim Uyghur di lebih 1000 buah kem tahanan di Xinjiang (Turkistan Timur) adalah benar!

Paksaan untuk Muslim Uyghur meninggalkan agama Islam yang berlaku sejak 70 tahun yang lalu, adalah benar!

Pekahwinan paksa di antara wanita Uyghur dengan lelaki Han China adalah benar!

Tekanan agar tidak berpuasa dan dipaksa minum arak di bulan Ramadan di Xinjiang adalah benar!

Projek cultural genocide yang dilaksanakan oleh Kerajaan Komunis Tanah Besar China adalah hakikat yang sedang berlaku. Ia adalah benar!

Propaganda Komunis bagi menutup kebobrokan projek yang zalim ini termasuk membelanjakan berbilion Yuan propaganda media, membayar ejen dan proksi yang diupah, menaja trip tokoh ke Xinjiang dan hanya melaporkan apa yang diindoktrinasikan oleh Kerajaan komunis memang benar belaku!

Anda tidak seharusnya berpada dengan 2-3 atau 10 sumber bacaan tetapi perlu mencari dan bertemu dengan pimpinan Muslim Uyghur yang hidup dalam buangan akibat berjuang bagi mempertahankan hak mereka dan hak beragama buat umat di wilayah Islam sejak lebih 1000 tahun yang lalu.

Saya yakin bahawa anda semua memahami Palestin yang dijajah, Arakan (Rohingya) yang dijajah, Kashmir yang dijajah dan Pattani Darussalam yang dijajah.

Begitulah selanjutnya, anda perlu memahami Uyghur dan Turkistan Timur, bukan sahaja melalui dimensi kemanusiaan dan geopolitik Antarabangsa tetapi juga melalui Tasawwur Quran.

PROF DR ZAINUR RASHID ZAINUDDIN
Naib Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia – HARAKAHDAILY 23/1/2020

- Advertisement -
- Advertisement -