PAS-Umno bentuk JK Muafakat Nasional Cawangan

- Advertisement -

TELUK INTAN: Jawatankuasa Muafakat Nasional PAS dan Umno Peringkat Cawangan berjaya dibentuk dalam Parlimen Teluk Intan selepas formula itu berhasil dilaksanakan oleh pemimpin kedua-dua parti peringkat Pusat, Negeri dan Parlimen.

- Advertisement -

Ketua Umno Bahagian Teluk Intan, Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin berkata, para pemimpin Umno Cawangan melihat Muafakat Nasional adalah platform sangat baik yang dinanti-nantikan rakyat khususnya bagi menarik sokongan orang Melayu.

Beliau amat gembira kerana para pemimpin Cawangan bersungguh-sungguh membentuk jawatankuasa dengan mengadakan mesyuarat bersama PAS dan mencadangkan aktiviti serta menghantar laporan kepadanya.

“Penerimaan masyarakat tak kira di mana sahaja amat baik dan dengan sebab itu pemimpin Umno Cawangan tidak melepaskan peluang ini,” katanya ketika menjadi ahli panel Bicara 2 Azhar di Kampung Sungai Kerawai, di sini malam tadi.

Dato’ Mohd Azhar yang juga ADUN Changkat Jong berkata, sewajarnya Muafakat Nasional disambut sebagai satu tawaran untuk persediaan menghadapi PRU15.

Beliau berharap jawatakuasa ini terus aktif sehingga PRU15 kerana pihaknya akan turun padang bersama-sama menerangkan pelbagai isu kepada rakyat

Sementara itu, Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Mohd Azhar Mohd Rafiei yang juga ahli panel program bicara itu mengesahkan jawatankuasa Muafakat Nasional peringkat Cawangan telah dibentuk.

Katanya, PAS dan Umno Cawangan tersebut ialah Batu 3 Taman Cicely, Kampung Sungai Kerawai, Kampung Selabak dan Kampung Bahagia dengan turut menjayakan beberapa program bersama. – HARAKAHDAILY 23/1/2020

- Advertisement -