Mohd Zai dilantik Pengerusi UMMAH yang baru

- Advertisement -

GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) yang diwujudkan sejak tahun 2017 adalah gabungan daripada ratusan NGO yang konsisten memperjuangkan isu semasa yang menyentuh kepentingan umat Islam dan negara.

Bertunjangkan prinsip dan matlamat Islam adalah yang tertinggi maka UMMAH telah mengambil ketetapan untuk memantapkan sistem kepimpinannya.

Mesyuarat Sekretariat UMMAH pada 19 Januari 2020 telah melantik Saudara Mohd Zai Mustafa sebagai Pengerusi UMMAH yang baru demi memastikan UMMAH terus memimpin umat menuju ke era baru kegemilangan umat Islam di rantau Nusantara.

Antara isu semasa yang sedang ditangani oleh UMMAH adalah menentang cadangan kerajaan menghapuskan hukuman mati mandatori, mempertahankan tulisan Jawi, menghapuskan idealogi Komunis dan teroris, menentang agenda IFC memurtadkan umat Islam, menggerakkan kempen ekonomi Islam (BMF), memperjuangkan hak ekonomi dan biasiswa untuk Bumiputera, mengukuhkan status institusi Islam dan Syariah, menghapuskan sekolah Vernakular, mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan, keadilan untuk Almarhum Adib dan mengukuhkan perpaduan umat Islam Nusantara.

UMMAH akan terus memperjuangkan agenda memartabatkan Islam dan memperkasakan orang Melayu.

MANSOR IBRAHIM
Setiausaha Agung
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) – HARAKAHDAILY 23/1/2020

- Advertisement -
- Advertisement -