Bahulu dekatkan PAS Gombak dan kaum Tionghua

- Advertisement -

GOMBAK: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Gombak melalui UKJ dan HalWa Dun Sungai Tua telah mengadakan program serahan saguhati kuih bahulu edisi Raya Cina di Pasar Selayang Baru, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Program menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dengan mengagihkan edaran tersebut kepada masyarakat kaum Tionghua ini diadakan dengan kerjasama Jentera Pilihan Raya PAS Dun (JPrD) Sungai Tua.

Pengarah Program, Mohd Hanis Amran berkata, program ini bertujuan merai dan mengeratkan perpaduan antara kaum di negara ini yang berbilang bangsa ke arah membentuk persekitaran harmoni serta semngat muhibah.

“Moga usaha ini membuka mata masyarakat bahawa PAS bukan parti politik perkauman dan juga bukti PAS meraikan kepelbagaian masyarakat majmuk di negara ini,” ujar beliau.

Rata-rata penduduk kaum Tionghua memberi reaksi positif dan program turut dicerikan lagi dengan kehadiran bekas calon PRU14 PAS N.16 Sungai Tua, Ustaz Mohamad Ibrahim yang petah berbahasa Mandarin.

Beliau juga lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Cina telah bersama juga dengan Pengarah JPrD Sungai Tua, Damanhuri Dol serta anggota jentera lain menggerakkan inisiatif itu. – HARAKAHDAILY 23/1/2020

- Advertisement -