PH sukar genap penggal pentadbiran

KOTA BHARU: Kegagalan parti yang mewakili Kerajaan Persekutuan dalam lima siri PRK secara berturut-turut jarang berlaku sebelum ini.

Namun, kepelikan itu muncul sekarang selepas Pakatan Harapan (PH) diangkat sebagai Kerajaan Pusat pada PRU14 lepas.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dato’ Mohd Nassurudin Daud berkata, pendekatan Kerajaan PH sekarang tidak banyak membawa manfaat kepada rakyat.

Menurutnya, ramai melihat Kerajaan PH tidak mampu dipertahankan bagi menggenap penggal pentadbiran mereka.

“Sekarang ibarat kata menunggu masa untuk ditukar. Kemenangan Muafakat Nasional yang menggabungkan PAS, Umno dan BN semakin dekat,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap jentera penerangan PAS bergerak secara lebih terancang bagi mendedahkan isu semasa kepada rakyat. – HARAKAHDAILY 22/1/2020

Advertisement