Ziarah Kasih PAS Titiwangsa santuni MOSWAY

- Advertisement -

TITIWANGSA: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan program Ziarah Kasih menerusi lawatan ke PPR Jelatek, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Delegasi telah berkunjung dari rumah ke rumah menyantuni penduduk dalam kalangan miskin, Orang Kelainan Upaya, sakit, warga emas, armalah dan anak yatim atau singkatannya MOSWAY.

Rutin bulanan program ini merupakan inisiatif Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Titiwangsa terhadap hal ehwal kehidupan golongan tersebut yang menjadi sebahagian warga Titiwangsa.

Pimpinan PAS Titiwangsa yang bersama dalam ziarah kali ini ialah Yang DiPertua, Khairul Anuar Abd Manap dan Ketua Muslimat, Sharifah Rashida Sayed Idrus termasuk wakil Zon Keramat, Mohd Amin Abdullah.

Kumpulan ini diiringi sendiri Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Titiwangsa, Yusoop Abdul Hamid bersama beberapa lagi pimpinan lain serta anggota Jabatan Amal dan Ameerah.

Bagi terus menjayakan rutin ini, para dermawan juga dialu-alukan menyumbang ke akaun Maybank 5645 4810 1781 atas nama Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa dengan nota tanda ‘ZiarahKasih’ atau hubungi 0125911382 (Nur Mujahidah). – HARAKAHDAILY 21/1/2020

- Advertisement -