UPAYA PAS Tawau anjur Kursus Asas Komputer

- Advertisement -

TAWAU: PAS Kawasan Tawau telah menganjurkan Kursus Asas Komputer yang dikhaskan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu di premis kolej, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Penganjuran menerusi Unit Pengupayaan OKU (UPAYA) ini selaras dengan keperluan semasa masyarakat termasuk golongan OKU kepada penggunaan komputer dan gajet.

Dengan harapan, pendedahan diberikan menerusi inisiatif UPAYA ini akan memberi pengetahuan asas agar tidak ketinggalan dalam arus kemodenan urusan serta maklumat semasa.

Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Tawau, Siti Arfah Asrisal berkata, tujuan kursus adalah memberi pendedahan kepada golongan OKU tersebut mengenai penggunaan komputer.

Menurutnya, dengan pengetahuan diberikan itu akan mempertingkatkan lagi kemahiran golongan tersebut dalam usaha menjadikannya satu dari punca pendapatan mereka.

Kursus julung kali ini turut sama dihadiri oleh para sukarelawan Sahabat Prihatin OKU PAS Tawau. – HARAKAHDAILY 21/1/2020

- Advertisement -