PAS mahu bertapak di Kimanis

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS merancang mewujudkan cawangan parti itu di Parlimen Kimanis, Sabah tidak lama lagi.

Naib Presidennya Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, keputusan itu dibuat berikutan sokongan masyarakat di kawasan Parlimen terbabit kepada PAS begitu baik.

Katanya, situasi itu dapat dilihat sepanjang tempoh berkempen PRK Kimanis baru-baru ini.

“Dengan tertubuhnya PAS di Kimanis diharap perjuangan parti itu dapat dilebarkan secara lebih meluas di Sabah dan Sarawak,” katanya di sini.

Sabtu lalu BN mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis apabila calonnya, Dato’ Mohamad Alamin menang dengan majoriti 2,029 undi.

Beliau menewaskan calon WARISAN Dato’ Karim Bujang dalam persaingan satu lawan satu itu. – HARAKAHDAILY 21/1/2020

- Advertisement -
- Advertisement -