Gong Xi Fa Cai Ameerah Puchong rai kaum Tionghua 

- Advertisement -

PUCHONG: Ameerah Kawasan Puchong telah mengadakan program Gong Xi Fa Cai With Ameerah Puchong bertempat di Pasaraya TESCO Bandar Bukit Puchong, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Ianya satu inisiatif menyerlahkan keterbukaan Muslimat Muda PAS dalam meraikan perayaan kebudayaan kaum Tionghua sempena Tahun Baharu Cina sekali gus memperkenalkan Ameerah kepada masyarakat.

Selain itu, ia menjadi wadah mengeratkan silaturahim dan hubungan antara kaum secara penuh muhibah dan mesra selain menyemai rasa hormat-menghormati disebalik provokatif kaum yang berlaku dalam negara.

Ramah mesra ini juga sedaya upaya mempertautkan kembali amalan saling menyayangi, prihatin dan memberi antara satu sama lain di mana ia turut dijayakan dengan kehadiran para pimpinan PAS Puchong.

Antaranya Naib Yang DiPertua PAS Puchong, Ustaz Rasidi Mohamad Yusop dan Ketua Muslimat PAS Puchong, Norzaihan Ismail serta Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Hedayanti Mamat. – HARAKAHDAILY 21/1/2020

- Advertisement -