Kimanis kejayaan Muafakat Nasional yang manis

TAHNIAH kepada rakan Muafakat Nasional, Umno di atas kejayaan PRK Kimanis. Tahniah khususnya kepada YB Dato’ Bung dan Dato’ Yaakob yang berjaya mengorak langkah ke hadapan dengan gagah setelah apa yang dihadapi pasca PRU ke-14.

Di sebalik kejayaan ini, saya dapat simpulkan beberapa perkara:

1.     Kerjasama Muafakat Nasional amat diterima baik oleh rakyat Sabah. Ia adalah lambang perpaduan rakyat.
2.     Anak Muda Borneo bersama-sama arus gelombang anak muda menolak penipuan dan pendekatan rasis PH.
3.     Serangan dan fitnah terhadap PAS dalam siri Pilihan Raya kecil (walaupun PAS tidak bertanding) menjadi backfire kepada PH.
4.     PAS telah lama bertapak di bumi Borneo dan diuruskan sepenuhnya oleh anak-anak jati Sabah yang mendukung aspirasi keharmonian rakyat Sabah.
5.     PAS menyeru kepada integrasi nasional, tiada pemisahan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kesemuanya hidup bersama secara harmoni.

Tahniah juga kepada PAS Sabah dan comrades (Ulamak, Pemuda dan Muslimat) yang berjaya menunjukkan jiwa besar PAS  dan semangat setia kawan Muafakat Nasional bersama-sama Umno, bekerja dengan sepenuh hati, berkorban masa, tenaga dan wang Ringgit bagi mencipta kemenangan ini.

Inilah nikmat ukhuwah dan perpaduan dari Allah dan kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk menolak agenda pecah dan perintah oleh pihak tertentu yang bertujuan menggugat integrasi nasional.

Kita rakyat Malaysia yang berdaulat!

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Demi Islam”

IR HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 20/1/2020

Advertisement