Kerajaan baru akan terbentuk tahun ini?

- Advertisement -

DATUK Dr Shamsul Amri Baharuddin dari KITA, UKM, bukanlah seorang ahli akademik biasa, tetapi beliau adalah bergelar Profesor Ulung.

Hari ini, dalam akhbar The Sunday Star, Datuk Dr Shamsul Amri memperkatakan mengenai kemungkinan terjadinya dua perkara ini dalam tahun ini:

(1)     Terbentuknya kerajaan baru yang dianggotai oleh Bersatu, Umno, PAS, puak Datuk Seri Azmin Ali dari PKR, parti-parti dari Sabah dan Sarawak serta parti-parti lain.

(2)     Parti-parti yang tidak dijemput menyertai kerajaan baru seperti puak Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan DAP pula akan membentuk barisan pembangkang yang baru.

Untuk seorang seperti Datuk Dr Shamsul Amri membuat jangkaan begini sudah pastilah memerlukan satu keberanian yang agak luar biasa kerana ia melibatkan kewibawaan beliau sebagai seorang Profesor Ulung.

Soalnya ialah apakah Datuk Dr Shamsul Amri mempunyai maklumat atau pertimbangan yang cukup untuk keluar dengan kebarangkalian begini atau apakah beliau hanya setakat membuat serkap jarang sahaja?

Sama-sama kita tunggu hingga ke hujung tahun ini untuk melihat apakah jangkaan ini akan menjadi realiti atau tidak.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 20/1/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -
- Advertisement -