3 YB suntik semangat PAS Pandan di tahun baharu

- Advertisement -

PANDAN: PAS Kawasan Pandan menempa gerak kerja tahun baharu 2020 dengan mengadakan Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra Bersama 3 YB di Pejabat PAS Pandan, di sini semalam.

- Advertisement -

Program bertujuan mengunpul dana tahunan ini menampilkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim serta Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.

Yang DiPertua PAS Pandan, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, dana diperlukan adalah bagi kelangsungan gerak kerja politik dan dakwah termasuk dalam menggerakkan agenda Muafakat Nasional.

Menurutnya, landskap politik semasa telah berubah sama sekali di mana menuntut ahli PAS lebih giat memberikan penerangan kepada masyarakat melalui aktiviti luaran ke arah kefahaman sebenar.

Beliau turut menyifatkan kemenangan di PRK P.176 Kimanis sebagai satu simbol bahawa rakyat sudah tidak lagi mempercayai kerajaan yang sedang menerajui pemerintahan negara ketika ini.

Ustaz Fadhli dalam ucapannya mengimbau sejarah pembukaan Kota Konstatinopel oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang berlaku dalam bulan Jamadil Awal sebagai ibrah mesti diteladani oleh pejuang kini.

Jelasnya, walaupun tentera Islam ketika itu bertindak secara mustahil, tetapi itulah kekuatan politik yang berwawasan mesti dilaksanakan dalam perjuangan hari ini demi menjulang kalimah syahadah.

Beliau juga mengambil Kelantan sebagai testimoni kerajaan yang berjaya dalan pemerintahan berdasarkan rekod-rekod telah dicatatkan antaranya tanpa rasuah dan isu disiplin mahupun akhlak.

Hal tersebut ujarnya, menunjukkan kemampuan PAS melahirkan pemerintahan yang telus biarpun dimomokkan lemah disebalik hakikat pihak satu lagi terpalit oleh kes dadah, rogol, samseng, rasuah dan sebagainya.

Beliau menyeru agar terus istiqamah melakukan kebaikan kerana kebaikan manusia hakikatnya akan mengiringi PAS ke arah kemenangan sebenar menuju Allah. – HARAKAHDAILY 20/1/2020

- Advertisement -