‘Retreat’ LATAS pacu hala tuju strategik

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pusat telah mengadakan permukiman (retreat) bertempat di Permai Hotel, di sini sejak semalam dan berakhir hari ini.

- Advertisement -

Program yang bertujuan melahirkan idea dan menyusun aktiviti serta gerak kerja agar lebih efisyen dalam mencapai visi dan misi ini melibatkan penyertaan semua Ahli Jawatankuasa LATAS.

Menurut Pengerusi LATAS PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim, LATAS berhasrat menjadi pusat rujukan untuk pelbagai isu berkaitan alam sekitar dan asas tani, sekali gus akan membina jaringan dengan jabatan kerajaan dan NGO.

Beliau mengakui, perlunya PAS menjuarai isu-isu rakyat berkaitan asas tani dan alam sekitar, selain penting untuk menunjukkan kebersamaan LATAS terhadap isu berkaitan dan menyelesaikan masalah rakyat.

Justeru itu diharapnya, dengan kewujudan visi dan misi yang ditetapkan, ia akan menjadi titik utama untuk menyumbang kepada ekonomi jamaah melalui aktiviti asas tani dan alam sekitar

“Program _retreat_ bersiri ini akan disusuli lagi dengan siri-siri program bengkel, forum, gerak kerja amali dan taklimat-taklimat berkala bagi penambahbaikan memantapkan lagi lajnah.

“Ini diharap dapat mencapai target yang jelas di samping mengukuh ukhuwah sesama ahli lajnah,” demikian harapan Setiausaha LATAS PAS Pusat, Dr Mukhtar Musa. – HARAKAHDAILY 19/1/2020

- Advertisement -