PRK P.176: Kejayaan muafakat dan integrasi

PAS Sabah mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis.

Kejayaan ini sebagai satu tanda bahawa Muafakat Nasional telah berjaya hingga ke Sabah ditambah pula dengan kerjasama beberapa parti politik lain di Sabah.

Saya melihat ini satu kejayaan yang luar biasa. Selain Muafakat Nasional, kerjasama yang lain bolehlah dianggap sebagai politik integrasi yang akhirnya membawa kemenangan.

Saya beranggapan itulah sebenarnya realiti politik Malaysia. Kesatuan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak.

Jangan ada sebarang perselisihan dan konflik di antara dua wilayah ini. Yang paling penting adalah kemakmuran dan pencapaian matlamat pembangunan.

Saya menasihatkan Datuk Mohammad Alamin supaya menjalankan amanah kemenangan ini dengan baik dan jalankan tugas sebagai Ahli Parlimen bagi mewakili suara rakyat.

Saya secara peribadi juga mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Umno yang telah memberikan kerjasama menjalin kesatuan di bumi Sabah.

Terima kasih juga kepada semua petugas PAS sama ada dari Sabah dan seluruh Malaysia.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
19 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 19/1/2020

Advertisement