Krisis Idlib dan psywar Amerika

- Advertisement -

LATAR belakang

(1)     Idlib bergolak sejak sekian lama. Sarat dengan propaganda Barat yang menghiasi alam media. Pada 31 Ogos 2019 BBC menyiarkan serangan US ke atas Idlib.

Tetapi mereka lapik dengan mengatakan serangan itu ke atas pimpinan al Qaeda di Idlib. Al-Qaeda di Idlib asalnya dikenali dengan nama an-Nusra Front.

Kemudian bertukar kepada Fatah Syam Front. Pada Januari 2017, ia berpakat dengan beberapa kumpulan lain yang beraliran Salafi Jihadis (ala Amerika) membentuk Hay’at Tahrir Syam.

(2)     Sejarah kumpulan-kumpulan yang berselirat ini perlu difahami satu persatu. Cuma dalam artikel ini saya tidak berniat nak memperincikan segalanya.

Cukup sekadar kita faham bahawa krisis di Syria bertembung 6 kumpulan. Tetapi dilukis oleh media Barat sebagai Perang Saudara. Hakikatnya ia adalah Perang Proksi.

(3)     Kuasa-kuasa luar yang berkepentingan seperti Amerika, mengambil bahagian untuk mengkucar-kacirkan Syria. Antaranya bagi menjayakan agenda Kurdistan Raya dan lain-lain.

6 kumpulan yang sedang bertempur itu ialah Kerajaan Syria (Syrian Arab Republic) vs Interimn Goverment vs ISIL vs Rojava (Syrian Democratic Forces) vs Salvation Government vs CJTF-OIR

Kumpulan-kumpulan di Syria

(1)     Pengenalan ringkas kepada kumpulan-kumpulan di sana ialah;

a-     Syrian Arab Republic disokong oleh Iran (Hizbullah), Russia dan Iraq. Blok yang dikenali.

b-      Interimn Government asalnya dilihat merupakan proksi Barat seperti Amerika Arab Saudi, UK dan Perancis sejak 2011. Namun, Turki menyertai kumpulan ini pada 2016.

Selepas penyertaan Turki, negara-negara tadi beransur-ansur menarik diri daripada menyertai kumpulan ini. Contohnya Amerika dan Arab Saudi keluar pada 2017.

c-     ISIL yang disokong oleh al-Qaeda. Mula wujud sejak 2013. Kumpulan ini pun sudah dikenali sebagai proksi Amerika. Al-Qaeda berpisah dari kumpulan ini pada 2014 membawa haluan sendiri.

d-     Rojava adalah kumpulan yang ditubuhkan pada 2012, mula disokong oleh Amerika sejak 2014, kemudian Russia dan Perancis.

e-     Salvation Government (Tahrir Asy Syam) yang disokong oleh al-Qaeda. Kumpulan ini yang akan dihuraikan sikit dalam isu serangan di Idlib.

f-     Combined Joint Task Force – Operation Inherent Resolve (CJTF-OIR) adalah task force yang dikepalai oleh Amerika bersama negara-negara lain bagi berhadapan dengan ISIL.

Kononnya untuk memerangi keganasan yang dilakukan oleh ISIL dan kumpulan Tahrir asy Syam. Walhal ISIL itu sendiri merupakan agenda Amerika.

Media dan psywar Amerika

(1)     Minggu lepas, berlakunya serangan udara di Idlib, yang mengorbankan 20 nyawa. Bahkan serangan yang terlalu kerap dijatuhkan di bandar ini.

Media Barat cepat-cepat menunding jari serangan itu kepada Syrian Arab Republic atau menjual nama Basyar Asad. Dalam hal ini kita jangan gelojoh untuk menghukum.

(2)     Seperti biasa, antara yang dihidangkan ialah ‘Basyar Asad membunuh rakyat sendiri’. Lalu disiarkan gambar orang-orang awam menangis, dan gambar-gambar sedih bagi menarik simpati.

Dunia yang hanya lihat dari sudut frame Barat, terus mengecam Kerajaan Syria dan ditambah lagi perencah kekejaman Syiah terhadap orang awam.

(3)     Semudah itukah minda kita ‘dikawal’? Perhatikan contoh berita BBC yang disiarkan di awal tadi, apabila Amerika menyerang Syria, mereka akan gunakan ayat ‘membasmi keganasan’.

Apabila Kerajaan Syria menyerang pusat proksi Barat di Idlib dan sekitarnya, terus dihidangkan ia adalah kekejaman Basyar Asad terhadap rakyat sendiri.

(4)     Soalannya, apa kejadah nak serang rakyat sendiri? Apatah lagi pada September 2019 Amerika (Mike Pompeo) menuduh Basyar Asad menggunakan bom kimia dalam serangan di Idlib pada Mei 2019.

Boleh layari lagi berita-berita Barat tentang Syria. Rata-rata menggambarkan Perang Saudara, dan juga turut mengattack Kerajaan Syria yang disokong oleh Iran, Russia dan Iraq.

White Helmets proksi Amerika

(1)     White Helmets adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada 2014, kononnya berfungsi sebagai team sukarelawan, perubatan dan misi bantuan.

Dalam kes yang terbaru, Ahmed Sheiko yang merupakan jurucakap pertubuhan tersebut mengatakan;

“20 orang awam telah terbunuh dan 82 yang lain cedera pada Rabu akibat serangan bom oleh jet Rusia dan helikopter rejim Assad ke atas perkampungan dan bandar di pinggir Idlib. Bertanggungjawab melakukan pembunuhan beramai-ramai di bandar.”

(2)     Banyak juga info-info Syria yang disalurkan kepada media-media antarabangsa atas nama White Helmets ini. Perlu kenal siapakah mereka ini.

White Helmets bertopengkan sukarelawan, hakikatnya merupakan tajaan Amerika. Berfungsi untuk menjayakan propaganda Amerika untuk menang psywar.

(3)     White Helmets menerima dana-dana yang besar daripada banyak pertubuhan yang tak larat untuk saya senaraikan. Antaranya ialah USAID sebanyak USD23 juta antara 2013-2016.

Walaupun secara zahirnya ia kelihatan tiada masalah, kerana duit tersebut disalurkan untuk misi-misi bantuan. Tetapi itulah wayang mereka sejak zaman berzaman.

Perlu faham bahawa dana Amerika biasanya disalurkan melalui yayasan atau sewaktu dengannya. Supaya kelihatan bersih daripada sebarang skandal.

Gambaran buruk

(1)     Antara yang perlu kita sedari, kawasan Idlib dan sekitarnya merupakan kawasan hot. Pada 28 Disember 2019, The Washington Posts menyiarkan artikel yang bertajuk;

‘Idlib could become the worst humanitarian crisis in Syria’s civil war’

Memberi gambaran yang terburuk dalam krisis di Syria. Seperti biasa, media-media Barat senada, terus menerus menggunakan nama Basyar Asad untuk dikaitkan dengan isu kemanusiaan.

(2)     Kewujudan golongan-golongan pemberontak juga perlu dicermati. Rata-rata mereka kaitkan isu di Syria sebagai Civil War. Hakikatnya golongan pemberontak itu dilatih oleh Amerika.

Antaranya boleh layari berita yang disiarkan oleh Reuters pada 2015 [1], bagaimana Amerika memainkan peranan mengupah dan melatih pemberontak untuk kucar-kacirkan Syria.

(3)     Walaupun berita itu 5 tahun lepas, namun kita perlu faham kronologi asalnya. Sifir mudahnya, ada 3 rumusan;

a-     Amerika melatih pemberontak untuk kucar-kacirkan Syria. Lalu diclaim dalam akhbar ia adalah perang saudara.

b-     Syria bertindak membasmi pemberontak-pemberontak itu. Lalu diclaim dalam akhbar, Basyar Asad serang rakyat sendiri.

c-     Di Idlib, merupakan tempat yang dikuasai oleh proksi Amerika. Lalu Syria menyerang kawasan tersebut. Media sekali lagi menggambarkan bahawa Basyar Asad bom negara sendiri.

[1] https://www.reuters.com/article/us-mideast-crisis-syria-usa/u-s-military-pays-syrian-rebels-up-to-400-per-month-pentagon-idUSKBN0P22BX20150622

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 19/1/2020

- Advertisement -
- Advertisement -