Tingkat kesedaran program kitar semula

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berusaha mempertingkat kesedaran rakyat terhadap program kitar semula bagi mewujudkan suasana lebih bersih.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata, kitar semula sampah mampu mengubah suasana tempat menjadi lebih bersih.

Selain itu katanya, rakyat juga memperolehi wang melalui program kitar semula.

“Walaupun program itu sudah lama diperkenalkan, namun orang ramai masih kurang peka.

“Jadi kita akan mempergiatkan usaha itu kepada masyarakat mengenai pentingnya sampah yang boleh dikitarkan semula,” katanya selepas merasmikan program Sekolah Dalam Taman di Maahad Muhammadi Lelaki di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Akademik) Yayasan Islam Kelantan Ustaz Mohd Zaki Deraman dan Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki Ustaz Kamarjan Abdul Rahman. – HARAKAHDAILY 16/1/2020

- Advertisement -