Pesta Ponggal: Acara budaya atau agama?

- Advertisement -

PERAYAAN Thaiponggal adalah acara kebudayaan etnik Tamil yang ada bercampur ritual agama sembahan pada dewa matahari (suryabagawan). Ia boleh dirujuk pada definisi dan huraian perayaan Thaiponggal itu sendiri.

Umat Islam ada batasan untuk tidak terlibat dengan upacara agama lain kerana ia melibatkan soal aqidah yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Panduan jelas oleh Allah S.W.T dalam surah ‘Al Kafirun;

- Advertisement -


قُلْ يٰۤاَ   يُّهَا الْكٰفِرُوْنَ ۙ
لَاۤ اَعْبُدُ مَا تَعْبُدُوْنَ ۙ
وَلَاۤ اَنْـتُمْ عٰبِدُوْنَ مَاۤ اَعْبُدُ
وَلَاۤ اَنَاۡ عَابِدٌ مَّا عَبَدْ تُّمْ ۙ
وَ لَاۤ اَنْـتُمْ عٰبِدُوْنَ مَاۤ اَعْبُدُ ۗ
لَـكُمْ دِيْنُكُمْ وَلِيَ دِيْنِ

“Katakanlah (Muhammad), Wahai orang-orang kafir”

“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,”

“dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,”

“dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,”

“dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah.”

“Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.”

(al-Kafirun: 1-6)


Dalam ayat ini juga sudah ada panduan jelas setiap agama perlu saling menghormati antara satu sama lain dan tidak boleh memaksa penganut agama lain untuk bersama dalam acara agamanya walaupun dengan pelbagai wajah seruan seperti untuk perpaduan, toleransi dan sebagainya.

Saling memahami batas agama masing-masing dan tidak memaksa orang lain untuk melakukan sebarang acara yang dia mungkin suka lakukannya adalah langkah terbaik. Itulah mesej perpaduan yang terbaik. Paksaan dan memberi gambaran yang salah terhadap sesuatu perkara itulah yang mendorong perpecahan dan persengketaan.

Dalam usaha untuk memupuk perpaduan dan hubungan di kalangan rakyat dan pelajar-pelajar sekolah, banyak lagi aktiviti dan acara yang boleh dilakukan. Sukan, kokurikulum, acara pentas seperti pertandingan syarahan, debat dan lain-lain tersedia untuk dijadikan acara bersama setiap bangsa dan agama.

Untuk kawan-kawan berbangsa Tamil dan beragama Hindu, anda bebas merayakan acara Ponggal di Malaysia ini yang telah pun dilakukan sejak turun temurun.


AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Timbalan Pengerusi Lujnah Pengguna & Pekerja PAS Pusat / TYDP PAS Kawasan Sik / Ahli Parlimen Sik – HARAKAHDAILY 16/1/2020

- Advertisement -