Pemuda PAS Tasek Gelugor dekati masyarakat

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor menerusi Lajnah Dakwah telah mengadakan program Street Dakwah yang dilangsungkan di Pasar Tani Tasek Gelugor, di sini pagi kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Program dipimpin sendiri Ketua Pemuda PAS Tasek Gelugor, Ustaz Abdul Razib Rahim ini turut dihadiri Exco Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan serta ADUN Permatang Berangan, Nor Hafizah Othman.

Pada program ini mereka telah mengedarkan risalah mengenai isu semasa serta kesedaran mendaftar sebagai pemilih disamping menyedarkan orang awam terhadap kepincangan kerajaan yang memerintah hari ini.

Manakala pada sebelah malamnya, Lajnah Penerangan Pemuda PAS Tasek Gelugor pula mengendalikan Ceramah Muafakat Nasional yang mendapat sambutan luar jangka di Pusat Komersial Tasek Gelugor, di sini.

Kedua-dua program ini menjadi satu inisiatif Pemuda PAS Tasek Gelugor mendekati masyarakat dalam memperkenalkan PAS dengan menyampaikan maklumat semasa kepada orang awam yang ditemui. – HARAKAHDAILY 16/1/2020

- Advertisement -