Isu rai Pongal: Hormati pandangan Mufti, JAKIM

- Advertisement -

ISU mengenai suatu pekeliling yang dikeluarkan oleh JAKIM terhadap masyarakat beragama Islam untuk meraikan perayaan Pesta Pongal tidak seharusnya dijadikan polemik yang berpanjangan.

- Advertisement -

Beberapa garis panduan yang diselia oleh institusi agama Islam bukanlah suatu sekatan terhadap perpaduan seperti yang dinilai oleh sesetengah pihak. Bahkan garis panduan serta syarat-syarat tersebut perlu dilihat sebagai suatu bentuk asas untuk mengukuhkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negara ini.

Cumanya perlu difahami bahawa ada perkara-perkara teras yang terkandung dalam ajaran Islam yang mesti dipatuhi oleh masyarakat beragama Islam. Maka, pekeliling tersebut adalah sebagai suatu garis panduan kepada masyarakat beragama Islam supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan akidah kepercayaannya sebagai Muslim.

Oleh kerana itu sebarang ucapara, pemakaian mahupun simbol yang mempunyai perlambangan agama dalam sebarang sambutan perayaan berlainan agama perlu dielakkan.

Sewajarnya pekeliling yang dikeluarkan pihak JAKIM mahupun pandangan yang turut dilontarkan oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dihormati dan diterima oleh semua pihak, tanpa memanjangkan polemik yang tidak perlu.

Malah, saya turut menggesa sesetengah pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan negatif terhadap ketetapan yang terkandung dalam ajaran Islam. Sesungguhnya pandangan-pandangan serong sebeginilah yang sebenarnya menjadi punca dalam merungkai asas perpaduan dalam negara ini.

Islam Memimpin Perpaduan

YB WAN HASSAN MOHD RAMLI
Ahli Parlimen Dungun – HARAKAHDAILY 16/1/2020

- Advertisement -