Isu kereta: Henti sebar fitnah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pejabat Menteri Besar Kelantan menyifatkan pihak yang mengaitkan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan khas RM400 juta untuk pembelian kenderaan rasmi pimpinan Kerajaan Negeri suatu kenyataan fitnah dan berniat jahat.

- Advertisement -

Keputusan bagi menggantikan kenderaan rasmi pimpinan Kerajaan Negeri dibuat menerusi kenyataan Timbalan Menteri Besar, Dato Mohd Amar Abdullah pada 12 September 2018.

Menurutnya Kerajaan Negeri mengambil keputusan menggantikan kenderaan rasmi bagi kegunaan Menteri Besar dan Exco secara berperingkat setelah membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang digunakan sejak 10 hingga 12 tahun lalu.

“Kenderaan rasmi Menteri Besar dengan pendaftaran DV 1 kenderaan yang digunakan sejak pentadbiran Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan kurniaan Al Sultan Kelantan.

“Dan Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan yang digunakan sejak lebih 10 tahun itu dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal DV 1 di kenderaan rasmi baharu Menteri Besar yang mana telah mendapat ampuni perkenan Tuanku Al Sultan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam pemimpin PH Kelantan cuba menggambar kerajaan negeri membeli kenderaan baru menggunakan dana khas.- HARAKAHDAILY 16/1/2020

- Advertisement -