ADUN Jengka kunjungi Naib Johan Keceriaan FELDA

- Advertisement -

KUALA KRAU: ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim al-Hafiz telah mengadakan kunjungan ziarah menyantuni warga penduduk di Jengka 19, di sini hari ini.

- Advertisement -

Lawatan tersebut diadakan bersama PAS Cawangan Jengka 19 diketuai Solahuddin Mohd Rawi dan turut disertai Ketua Pemuda, Muhammad Zahir Mat Yunos serta ahli-ahli Muslimat.

FELDA Jengka 19 merupakan Naib Johan pertandingan keceriaan anjuran FELDA Wilayah Jengka yang Johan disandang FELDA Jengka 12 dalam penilaian diadakan baru-baru ini.

Ustaz Shahril berharap dengan kemenangan tersebut dan peruntukan naik taraf jalan di dalam kawasan FELDA akan dapat menceriakan lagi penempatan tersebut tahun hadapan.

“Pengurus FELDA Jengka 19, Encik Khairol Sauqid seorang yang muda dan bertenaga. Sudah tentu mempunyai idea yang bagus untuk memaju dan menceriakan kawasan dalam Jengka 19 ini,” ujar Ustaz Shahril memberikan harapan.

Beliau bersama rombongan telah menziarahi dari rumah ke rumah di mana telah menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian dan bantuan wang tunai terutama yang mengalami masalah kesihatan.

Sempena ziarah ini juga Ustaz Shahril berkesempatan juga melawat Tok Empat FELDA Jengka 19, Kamil Ali yang mengalami masalah jantung dan sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS). – HARAKAHDAILY 16/1/2020

- Advertisement -