PAS Batu Gajah santuni mangsa renjatan elektrik

- Advertisement -

BATU GAJAH: Skuad Kebajikan PAS Kawasan Batu Gajah telah mengadakan Ziarah Amal Kebajikan atau PAS Amal Care menyantuni mangsa renjatan elektrik di Anjung Bemban Maju, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Batu Gajah, Zainuddin Said telah disertai Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Muslimat dan Jabatan Amal melawat mangsa, Muhammad Hafizuddin Redzuan, 21.

Beliau ditimpa kejadian tersebut di premis kerjanya pada 10 Oktober tahun lalu ketika membuat kerja-kerja pembersihan hingga menyebabkan lumpuh sejak kejadian termasuk koma selama sebulan di Hospital Besar Ipoh.

Menurut ibu mangsa, Normahziah Abu Kasim, anak sulungnya dari empat beradik itu adalah harapan keluarga, sekali gus amat mengharap Hafizuddin segera sembuh menerusi rawatan sedang dijalaninya.

Komandan AMAL Batu Gajah, Wan Hammad Wan Alias yang turut serta telah mencadang inisiatif rawatan tradisional Islam berteraskan gabungan fisioterapi dan doaterapi saraf bagi memulihkan fizikalnya.

Pada kunjungan itu pihak PAS Batu Gajah telah menyerahkan sumbangan untuk Hafizuddin bagi meringankan kos rawatan dan penjagaannya, namun berharap orang ramai juga turut sama membantu mangsa.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bapa mangsa BSN 14151-29-87377445-1, Redzuan Mohamed Ramly  atau hubungi talian 0174275538.

Misi PAS Amal Care Batu Gajah juga sedia menerima sumbangan yang boleh dimasukkan ke akaun Maybank 5581 1850 1990 atas nama PAS Batu Gajah. – HARAKAHDAILY 15/1/2020

- Advertisement -