Kelantan United pencabar Liga Premier 2020

- Advertisement -

TUMPAT: “Kita adalah pejuang sejati, The Real Warriors, buktikan keupayaan kita dalam setiap perlawanan selepas ini.

- Advertisement -

“InsyaAllah Kelantan United Football Club akan menjadi pencabar hebat dalam Liga Premier musim ini,” kata Presiden Kelantan United Football Club (Kelantan United FC).

Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, sebagai pejuang sejati KUFC perlu membuktikan keupayaan mereka pada saingan Liga Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.

Katanya juga beliau memberikan sepenuh kepercayaan kepada jurulatih Zahasmi Ismail bagi pembentukan skuad terbaik.

“Penglibatan semua pihak menjadi asas pembentukan Kelantan United Football Club, justeru itu kekalkan semangat kerana ia akan menyatukan pasukan ini sehingga ke akhirnya,” katanya ketika merasmi penutup Kursus Transformasi Minda Kelantan United FC di Pantai Sri Tujuh semalam.

KUFC layak ke Liga Premier 2020 selepas muncul juara Liga M3 pada Oktober lepas.

Hadir sama Timbalan Presiden Kelantan United FC Dato’ Zamri Ismail, Pengurus Skuad Piala Presiden Rozi Muhamad dan Pengarah Urus Setia Belia dan Sukan Nasruddin Mahmud Muhaidin. – HARAKAHDAILY 15/1/2020

- Advertisement -