Hasil nelayan kurang akibat kemarau

- Advertisement -

KUALA PERLIS: Musim kemarau yang melanda utara semenanjung sejak beberapa minggu lalu turut memberi kesan hasil tangkapan nelayan di negeri ini.

- Advertisement -


Sebahagian nelayan yang ditemui memberitahu hasil tangkapan turun dengan mendadak berbanding sebelum ini.

Malah ketika tinjauan di pelantar ikan di Kuala Perlis menyaksikan bot-bot nelayan tersadai di muara sungai kerana mereka tidak dapat turun ke laut kerana perairan cetek.

Seorang nelayan di Kurung Tengar Alias Harun berkata, mereka hanya boleh turun ke laut selepas air sungai naik sekitar jam 10 hingga 11 pagi sahaja.

“Kadang-kadang jam 6 pagi, kami dah bersiap nak turun ke laut tetapi bot tidak dapat bergerak kerana air sungai yang cetek.

“Jadi kami berharap kerajaan dapat mendalamkan sungai bagi memastikan nelayan dapat bergerak ke laut mencari rezeki seawal pagi,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 14/1/2020

- Advertisement -