Virus Influenza: Penduduk Kemaman perlu waspada

- Advertisement -

SEJAK kebelakangan ini, negara kita dihebohkan dengan bawaan virus influenza di media sosial mahupun paparan surat khabar. Media melaporkan bahawa terdapat 9 kes influenza yang direkodkan di Terengganu. Manakala di negeri lain masing-masing 89 kes di Johor, 62 kes di Pulau Pinang, 10 kes di Kedah, 5 kes di Pahang. 

- Advertisement -

Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia terutama penduduk kawasan Kemaman supaya menjaga kesihatan diri daripada dijangkiti virus influenza selain mendapatkan rawatan segera jika menghidapi simptom-simptom influenza seperti demam atau selsema.

Langkah pencegahan segera wajar diambil bagi memastikan penularan virus ini tidak berterusan. Virus ini juga mudah dijangkiti oleh golongan yang berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik, wanita hamil dan individu yang mempunyai daya ketahanan yang rendah.

Saya juga ingin mengajak seluruh umat Islam di seluruh negara untuk bersama-sama solat hajat agar virus ini tidak bertambah teruk melanda negara kita selain bersangka baik dengan ujian ini.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB CHE ALIAS HAMID
Ahli Parlimen Kemaman – HARAKAHDAILY 13/1/2020

- Advertisement -