Perpaduan kaum parah di era Malaysia Baharu

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dianggap gagal menangani isu perpaduan kaum, sebaliknya tindak tanduk sesetengah menteri menyebabkan situasi tambah celaru.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Pahang Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya berkata, kebencian antara kaum semakin menebal kerana gagal ditangani lebih awal kerajaan.

Katanya ada pemimpin PH seolah-olah dilihat mahu menjadi pejuang isu perpaduan, sebaliknya keadaan menjadi semakin parah.

“Contohnya isu tanglung dan tulisan khat Jawi gagal ditangani dengan baik sejak awal lagi.

“Orang Melayu marah apabila ada kaum lain yang cuba memperlekehkan budaya Melayu termasuk tulisan Jawi,” katanya di sini.

Sedangkan isu tanglung pula menyerlah sokongan padu menteri PH biarpun pada awalnya diturunkan pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1.

Sebelum itu tanglung yang digantung di pekarangan sekolah itu dilapor diturunkan atas nasihat polis.

Mohd Tarmizi yang juga ADUN Panching berkata, isu perpaduan kaum semakin parah sekarang di bawah era Malaysia Baharu. – HARAKAHDAILY 13/1/2020

- Advertisement -