Kelantan diajak sertai Dasar Kebersihan Negara

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan diajak menjayakan program Dasar Kebersihan Negara bersama kerajaan Persekutuan.

- Advertisement -

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin mengakui sebelum ini Kelantan tidak dijemput bersama untuk menjayakan program berkenaan.

“Namun bermula tahun ini kita mengadakan perbincangan untuk tujuan itu,” katanya ketika ditemui selepas taklimat berhubung perkara itu di Kota Darulnaim semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin.

Lebih 40 pegawai kerajaan mewakili agensi kerajaan negeri dan Persekutuan menyertai mesyuarat berkenaan yang diadakan di Bilik Gerakan Mabna MBI.

Zuraida juga berkata, kerajaan Kelantan perlu memberi penekanan berhubung pengurusan sisa pepejal yang lebih teratur. – HARAKAHDAILY 13/1/2020

- Advertisement -