Makmur Gold nafi terbabit skim pelaburan emas

    - Advertisement -

    KOTA BHARU: Syarikat Makmur Gold Holding Sdn Bhd membuat laporan polis berhubung dakwaan pihaknya terlibat dengan skim pelaburan emas.

    - Advertisement -

    Pengerusi Eksekutifnya, Hishamuddin Abdullah berkata, pihaknya menafikan penglibatan dengan skim terbabit.

    Katanya, pihak tidak bertanggungjawab mempergunakan produk emas dan nama Makmur Gold untuk menyakinkan orang ramai melalui skim pelaburan diberi nama www.uniquegold20.com yang dikatakan berpusat di Kota Bharu.

    “Kegiatan itu dikesan pada 7 Januari lalu di premis utama Makmur Gold di Kuantan, Pahang. Seorang ahli koperasi menanyakan adakah kami terlibat dengan skim pelaburan emas.

    “Kami mendapati juga gambar premis dan logo Makmur Gold dipergunakan pihak tersebut untuk menipu serta mengaburi mata orang ramai,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini hari ini.

    Menurut Hisham antara skim pelaburan ditawarkan pihak berkenaan bermula RM500 sehingga RM5,000 dengan pelbagai promosi seperti beli sebanyak 10 gram emas percuma 50 gram. – HARAKAHDAILY 10/1/2020

    - Advertisement -