SRITI Darul Muttaqin sudah mula beroperasi

- Advertisement -

KAMPAR: Keterujaan dan kegembiraan jelas terpancar di raut wajah murid-murid SRITI Darul Muttaqin, Malim Nawar yang baharu beroperasi bermula 6 Januari lalu.

- Advertisement -

SRITI Darul Muttaqin telah ditubuhkan di Kampung Changkat Baru, Malim Nawar dan merupakan SRITI kedua dalam Kawasan Kampar yang ditubuhkan selepas SRITI Nurul Jannah, Batu Karang.

Seramai 34 murid terdiri daripada Darjah 1 hingga 6 memulakan persekolahan di SRITI Darul Muttaqin bersama sembilan guru menabur jasa mendidik anak-anak SRITI ini.

Kedatangan pelajar dan ibu bapa disambut mesra oleh Pengerusi SRITI Kampar, Mohd Shahrizan Ahmad Fuat dan barisan guru SRITI Darul Muttaqin.

Perhimpunan pagi persekolahan dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar SRITI Darul Muttaqin, Ustaz Hanif Abdullah dan Mohd Shahrizan sendiri.

Ustaz Hanif Abdullah dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran murid SRITI Darul Muttaqin dan mendoakan kejayaan mereka sepanjang permukiman ilmu mereka di sini.

Mohd Shahrizan yang juga Ketua Pemuda PAS Kampar, ketika ditemui berkata, SRITI Darul Muttaqin memerlukan dana untuk pembangunan dan kos pengoperasian.

Beliau mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk membantu SRITI Darul Muttaqin ini untuk beroperasi dan memberi manfaat kepada masyarakat sekitar Malim Nawar khususnya.

Sebarang sumbangan untuk tujuan pembangunan itu boleh disalurkan ke akaun Maybank 5580 4261 5090 atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar. – HARAKAHDAILY 9/1/2020

- Advertisement -