Ameerah Kulai santuni golongan muda setempat

- Advertisement -

KULAI: Ameerah Kawasan Kulai telah menganjurkan program sempena Tahun Baharu 2020 yang telah diadakan berhampiran Pasar Tani Bandar Putra, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Objektif program ini ialah untuk menarik minat golongan muda yang berumur 15 hingga 40 tahun, agar lebih peka dengan masyarakat sekitar, selain memupuk hubungan silaturahim.

Di samping itu, program ini juga merupakan salah satu medium dakwah Ameerah Kulai bagi mendekatkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat sekitar.

Dipimpin sendiri oleh Ketua Ameerah Kulai, Adilah Mohd Nor, program ini telah dijayakan bersama dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Ameerah Kulai.

Antara aktiviti dijalankan ialah edaran Kalender Ameerah Tahun 2020 serta bunga ros untuk golongan muda yang ditemui di sekitar kawasan tersebut.

Menurut Adilah, golongan muda perlu sentiasa lebih ke hadapan dalam mendepani masalah-masalah yang berkaitan dengan remaja khususnya dan masyarakat amnya.

Golongan muda juga katanya, merupakan pemangkin kepada sistem penambahbaikan negara pada masa kini dan akan datang. – HARAKAHDAILY 9/1/2020

- Advertisement -