Munajat untuk kemenangan calon BN P.176

- Advertisement -

DEWAN Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS) mengarahkan semua ahli di negeri Sabah supaya sentiasa berdoa dan bermunajat untuk kemenangan calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis.

- Advertisement -

Selain dari kita semua turun berkempen dengan pelbagai cara untuk menarik pengundi, jangan lupa kuasa lebih besar pastinya datang daripada Allah, Tuhan pencipta kita.

DUPNS telah mengarahkan semua kawasan yang tidak dapat turun berkempen di PRK ini agar mengadakan program-program munajat di pejabat Kawasan masing-masing. DUPNS juga menyarankan seluruh ahli dan petugas Umno yang beragama Islam agar membuat perkara yang sama.

DUPNS juga sedang merancang untuk mengadakan munajat perdana bersama yang menggabungkan petugas PAS dan Umno dalam PRK kali ini.

Selain itu saya juga telah mengarahkan agar semua ahli DUPNS Negeri Sabah turun membantu dalam PRK ini kerana inilah peluang untuk kita mengangkat seorang bakal Ahli Parlimen yang sangat berkebolehan dan mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat baik.

Di samping itu atas semangat Muafakat Nasional, saya juga difahamkan beberapa orang pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) akan turun ke Kimanis bagi memberi sokongan padu kepada calon BN.

USTAZ BABBAR ABAS
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah
8 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 8/1/2020

- Advertisement -