Dong Zong cabar Perlembagaan Negara

- Advertisement -

KANGAR: Tindakan Dong Zong menyerah memorandum menolak pembelajaran tulisan khat Jawi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dianggap mahu mencabar keluhuran perlembagaan negara.

- Advertisement -

Pengerusi Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Muhammad Asyraf Thazali berkata, tindakan itu seolah-olah menolak pembelajaran tulisan khat Jawi.

“Walaupun pertubuhan itu dibantah pelbagai pihak dan menerima lebih 20 laporan polis, namun mereka tetap menolak tulisan Jawi.
“Sejarah menunjukkan Dong Zong cukup lantang menentang dasar-dasar pendidikan negara sejak sekian lama.

“Malah Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad juga mengatakan Dong Zong sebenarnya rasis,” katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong menyerah memorandum kepada Kementerian Pendidikan berhubung pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Memorandum yang turut memuatkan resolusi hasil perbincangan 17 pertubuhan berkenaan pada 28 Disember lepas. – HARAKAHDAILY 8/1/2020

- Advertisement -