PAS rancang tubuh Cawangan di Kimanis

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS akan menubuhkan cawangan parti itu di Kimanis Sabah dalam tempoh terdekat kata Naib Presidennya, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

- Advertisement -

Beliau berkata, cadangan berkenaan diambil berikutan parti itu mendapat sokongan menggalakkan sejak akhir-akhir ini.

Oleh itu katanya PAS akan menggunakan peluang sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis bagi menarik sokongan rakyat kawasan terbabit.

“Buat masa ini kita memang tiada kekuatan di Kimanis. Untuk itu kita lebih kepada usaha menubuhkan parti secara rasmi di Kimanis dalam masa terdekat,” katanya selepas majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2020 di Dewan Teratai Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar, Dato’ Seri Anifah Aman. – HARAKAHDAILY 7/1/2020

- Advertisement -