PRK P.176: Amalkan politik damai dan fakta

    - Advertisement -

    PAS Sabah menasihatkan semua pihak supaya membawa politik damai dan matang dalam kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis.

    Kita sudah merdeka sangat lama. Jangan ada lagi politik tuduh menuduh yang hanya menimbulkan persepsi tidak sihat dalam masyarakat.

    Sepatutnya setiap yang terlibat dengan kempen mestilah mengutamakan fakta dan data yang betul.

    PAS yang membantu calon Umno dalam PRK kali ini akan sentiasa mengamalkan politik damai. Masa untuk membuat sebarang tuduhan palsu sudah berlalu. Masyarakat mesti dibentangkan dengan fakta yang betul.

    Yang menyedihkan adalah biasanya yang akan menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat adalah disebabkan pimpinan utama parti politik. Mereka sering membuat tuduhan palsu dan melampau pada pihak lain.

    Pada PRK Kimanis, PAS Sabah sudah menyusun jentera dan akan menceritakan kepentingan perpaduan dan kesatuan. Kami tidak akan menimbulkan kekecohan dalam masyarakat dan pastinya politik matang dan sejahtera akan diutamakan.

    Saya juga menasihatkan pimpinan parti kerajaan supaya jangan menabur janji berlebihan. Janji semasa PRU-14 pun masih banyak yang belum ditunaikan.

    MOHD AMINUDDIN ALING
    Pesuruhjaya PAS Sabah
    6 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 6/1/2020

    - Advertisement -
    - Advertisement -