Muslimat ziarah MOSWAY di Petra Jaya

- Advertisement -

PETRA JAYA: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Muslimat PAS Negeri Sarawak telah mengadakan aktiviti menyantuni penduduk dengan mengadakan ziarah kebajikan di Semariang Batu, di sini semalam.

- Advertisement -

Kunjungan ini berfokus kepada enam golongan iaitu miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU), sakit, warga emas, armalah atau ibu tunggal dan anak yatim atau singkatannya MOSWAY.

Diketuai Pengerusi LKK Muslimat PAS Sarawak, Habsah Bujang, lawatan ini turut disertai Pengarah Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA), Dr Uswah Tahir dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyah PAS Pusat, Dr Nik Mazidah Yahya.

Rombongan yang juga diikuti Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya itu telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada MOSWAY diziarahi sebagai meringankan beban sara hidup mereka.

Pada kesempatan tersebut juga rombongan telah mendengar langsung luahan mereka mengenai keperitan hidup, selain ujian terhadap sakit dihadapi serta tanggungan yang memerlukan pembiayaan atau bantuan. – HARAKAHDAILY 6/1/2020

- Advertisement -