Muslimat ziarah keluarga arwah PJ PAS S’wak

    - Advertisement -

    PETRA JAYA: Muslimat PAS telah mengadakan ziarah kepada keluarga mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Almarhum Mohamad Shukri Ahmad Fauzi di kediaman mereka di Taman Sri Wangi, di sini awal pagi semalam.

    - Advertisement -

    Kunjungan tersebut diketuai Pengarah Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA), Dr Uswah Tahir bersama Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyah PAS Pusat, Dr Nir Mazidah Yahya diiringi Pengerusi Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Sarawak, Habsah Bujang.

    Almarhum atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Shokri yang bertarung nyawa akibat barah otak sejak Jun lalu dan mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) telah menghembus nafas terakhir di kediamannya, kelmarin dahulu.

    Pemergian arwah sememangnya satu kehilangan buat perjuangan Islam PAS di Bumi Kenyalang di mana Cikgu Shokri semasa sihatnya merupakan ikon penting membawa PAS sejak 1995 melebar pengaruh di negeri terbesar Malaysia ini.

    Ziarah tersebut sebagai menzahir rasa simpati dan takziah kepada keluarga Almarhum yang diiringi doa semoga amalnya diterima Allah dan diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. – HARAKAHDAILY 6/1/2020

    - Advertisement -