Konvoi Motosikal ADUN Damak teroka tradisi silam

- Advertisement -

JERANTUT: Sekretariat ADUN Damak telah menganjurkan konvoi motosikal sempena tahun baharu 2020 dari Kampung Temin melalui Kampung Simpang Tebing Tinggi dan Kampung Jeransang sebelum berakhir di Kampung Gintong, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Program ini bertujuan menyemarakkan budaya positif dalam kalangan peserta terutama melibatkan pematuhan undang-undang jalan raya, selain memupuk ukhuwah, gotong-royong dan menyantuni anak muda serta warga kampung.

Lebih 50 motosikal pelbagai jenis menyertai program santai ini yang turut mendapat kawalan keselamatan daripada pihak Polis Trafik Jerantut dalam melicinkan kelancaran pergerakan pasukan konvoi.

Diketuai ADUN Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud, konvoi ini turutdisertai Pengerusi JKKK Gintong, Azhar Daud dan Pengerusi JKKK Simpang Tebing Tinggi, Mohamad Arif Yusof.

Menariknya, konvoi yang tiba di Kampung Gintong telah bergotong-royong bersama penduduk menghasilkan emping daripada padi muda menggunakan teknik tradisional, sekali gus ‘terhibur’ oleh ‘irama’ lesung hindik.

Aktiviti begini juga mengikut kata Ustaz Zuridan, dapat mendekatkan generasi kini kepada budaya dan adat Melayu serta aktiviti berfaedah dan hubungan antara warga emas dan anak muda. – HARAKAHDAILY 6/1/2020

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -