Bertindak tegas untuk awasi etika kempen

- Advertisement -

PAS mahu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertindak tegas untuk mengawasi dan menguatkuasa undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya yang telah berlangsung sekarang. Perkara ini bertepatan dengan hasrat SPR sepertimana yang telah dinyatakan dalam kenyataan media Bil.83 bertarikh 2 Oktober 2018.

- Advertisement -

Memetik kenyataan media SPR tersebut, “SPR menyeru agar setiap calon atau parti politik yang bertanding tidak melaksanakan aktiviti kempen yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya seperti aktiviti penjamuan, pemberian hadiah dan barangan bagi tujuan untuk memancing undi, penggunaan kemudahan dan aset kerajaan, program kerajaan serta aktiviti kempen yang berunsurkan perkauman dan menyentuh sensitiviti agama”.

Semalam terdapat dua dakwaan mengenai penganjuran majlis jamuan dan memberi hadiah di Membakut. Kemudian, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyampaikan beberapa peruntukan antaranya RM500 ribu untuk membaiki jeti pendaratan ikan, RM90 ribu kepada wakil nelayan di Kg Nelayan Kampung Biau dan penyampaian replika cek berjumlah RM3 juta kepada PNK Papar.

Perkara ini mengulang kembali kesalahan yang pernah dilakukan dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini. Meskipun telah banyak kesalahan direkodkan oleh SPR dan SPRM, namun masih belum ada tindakan yang diambil.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)

10 Jamadil Awwal 1441 | 6 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 6/1/2020

- Advertisement -