Pembunuhan Jeneral dan periuk nasi Amerika

- Advertisement -

MUQADDIMAH WW3?

(1)     Susulan daripada pembunuhan Jeneral Qassim Sulaimani, beberapa teori cuba dikemukakan sebab yang konkrit beliau dibunuh.

Apa yang dihidangkan oleh Trump dan para pendukungnya, ia adalah isyarat supaya Iran berhenti melakukan keganasan. Walhal tindakan Amerika sendiri melanggar Undang undang Antarabangsa.

(2)     Banyak penganalisis mengutarakan kemungkinan besar akan berlaku konflik yang lebih parah dan mengheret kuasa-kuasa yang lain.

Iaitu ke arah menentang Amerika dan sekutunya. Masih lagi menjadi tanda tanya, apakah ini merupakan muqaddimah kepada World War 3 (WW3)?

(3)     Antara yang pernah dijangkakan oleh Albert Einstein;

Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia III akan berperang, tetapi Perang Dunia IV akan bertempur dengan tongkat dan batu.

Sebagai gambaran bahawa WW3 adalah kemuncak persaingan teknologi persenjataan. Kemudian selepas daripada itu, kuas-kuasa besar bakal mengalami kerugian.

(4)     Beberapa tahun kebelakangan ini Amerika mengalami over stretch akibat peperangan yang panjang. Bahasa mudahnya ‘letih’ berperang, duit dah habis.

Seolah-olah hampir sama situasinya dengan British satu ketika dahulu, sehinggakan di akhirnya British terpaksa memberi kemerdekaan kepada negara-negara di bawah jajahannya.

Periuk nasi Amerika

(1)     Hari ini menyaksikan persaingan drone swarm dan teknologi Ai. Tentera robot yang bergerak sendiri dengan cara ‘programming’ tanpa diketahui siapa yang menghantarnya.

Dalam masa yang sama, kuasa-kuasa besar juga sedang merahsiakan teknologi nuklear masing-masing sebagai persediaan. Ada yang bersama dalam Perjanjian Nuklear, ada yang tidak.

(2)     Pada 2015, Obama telah menandatangani Perjanjian Nuklear dengan Iran. Namun setelah Trump mengambil alih, beliau memutuskan hubungan tersebut.

Apakah ia signal kepada sesuatu? Jika dilihat kepada frame Donald Trump yang ‘lebih pentingkan kulit berbanding isi’ kita sering dapati tindakannya hanyalah populis.

(3)     Mungkin beliau memikirkan tentang masa depan Amerika yang kepenatan sepertimana yang saya nyatakan di awal tadi. Maka, Amerika perlu mencari kekayaan.

Iaitu bekalan kekayaan bagi menghadapi keletihan berperang, yang dinamakan over stretch yang saya nyatakan tadi. Antara yang kita lihat, mereka kuasai banyak lubuk duit.

(4)     Antaranya di negara-negara Arab termasuklah di Iraq yang merupakan tempat yang agak subur dengan petroleum. Umum mengetahui sejak penggulingan Saddam, Amerika menguasai minyak Iraq.

Jeneral Qassim Sulaimani pula dilihat banyak mengganggu kerja-kerja Amerika untuk merembat kekayaan Iraq. Lalu mungkin beliau dibunuh demi periuk nasi Amerika terjaga

Telaga minyak dan frame Amerika

(1)     Apa yang dilihat, Amerika sudah hampir habis ‘bekalan makanannya’. Maka, Amerika perlu bersungguh-sungguh menjaga periuk nasinya.

Sama juga framenya di negara-negara lain. Amerika menguasai perigi-perigi minyak di sana, merembat kekayaan negara-negara tersebut.

(2)     Bahkan serangan baru-baru ini menyebabkan harga minyak sedunia meningkat 4 peratus. Seolah-olah hampir menghala ke arah sabdaan Nabi S.A.W tentang peperangan akhir zaman.

Apatah lagi BBC menyiarkan berita pada bulan November lepas, Iran telah menemui telaga minyak baharu di kawasan Barat Daya Iran, iaitu Khuzestan.

Telaga tersebut berkeluasan 2400 kilometer persegi dan dianggarkan menyimpan 53 bilion tong minyak. Satu angka yang cukup besar untuk dikuasai.

(3)     Mungkin juga disebabkan telaga minyak inilah Jeneral Qassim Sulaimani dibunuh. Pelbagai teori boleh dijadikan kemungkinan. Hakikatnya Allah S.W.T yang tahu.

(4)     Pada 2017, menyaksikan pertembungan yang konsisten antara ISIS dan tentera yang dipimpin oleh Jeneral Qassim Sulaimani (IRGC). Di hujung tahunnya menyaksikan kekalahan ISIS di sempadan itu.

Sempadan Iran, Iraq dan hinggalah ke Syria yang diserang oleh ISIS. Mereka memusnahkan ribuan bengkel, kilang, infrastruktur utama, seperti jalan raya, jambatan, kilang penapis, telaga, paip gas dan minyak, loji kuasa dan sebagainya.

Mereka membakar dan meletupkan beberapa bandar yang mempunyai banyak tapak warisan bersejarah yang tidak ternilai. Kerosakan sebenar tidak dapat dikira, cuma anggaran awal kerugian berjumlah 500 bilion dolar.

IRGC VS ISIS 2017

(1)     Antara yang dinyatakan oleh Jeneral Qassim Sulaimani, ISIS di persempadanan negara Iraq, Iran dan Syria bertindak ganas termasuk, membunuh kanak-kanak atau menyiat kulit di depan keluarga mereka.

Mereka juga menangkap gadis-gadis dan wanita yang tidak bersalah dan merogol mereka, membakar orang hidup-hidup dan memenggal kepala mereka.

Kenyataan ini disampaikan oleh Jeneral Qassim Sulaimani sendiri pada November 2017 yang disiarkan oleh media IRNA [1] setelah mana mereka tumbangkan ISIS.

(2)     Antara yang dinyatakan oleh beliau, dalam fitnah yang gelap ini, beribu-ribu masjid dan tempat-tempat suci umat Islam yang lain telah rosak atau musnah, dan beberapa masjid telah meletup bersama dengan para imam dan jemaah solat di dalamnya.

a-     Lebih dari 6,000 orang muda yang ditipu dengan nama mempertahankan Islam telah melakukan serangan bunuh diri, memandu kereta yang penuh dengan bahan letupan.

b-     Kemudian mereka meletupkan diri di dataran, masjid, sekolah, dan juga hospital dan tempat awam masyarakat Islam; akibatnya, puluhan ribu lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah telah mati syahid.

(3)     Apa yang dinyatakan oleh beliau menggambarkan betapa agenda ISIS yang ditaja oleh Amerika telah melakukan tindakan luar perikemanusiaan.

Lalu IRGC menyerang kumpulan ini. Tetapi yang diframekan dalam media Barat ialah Syiah telah melakukan segala kejahatan ISIS tersebut. ISIS punya kerja, Syiah dapat nama.

New Middle East

(1)     Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Jeneral Qassim Sulaiman dan seangkatan dengannya banyak ‘mengacau’ pelan Amerika termasuk dari sudut minyak yang diceritakan tadi.

Maka tidak pelik kalau individu ini menjadi sasaran untuk dibunuh. Apatah lagi beliau banyak merencatkan pelan Amerika untuk membina Kurdistan Raya, dan Israel Raya.

(2)     Agenda Kurdistan Raya sudah direncana oleh Amerika sejak 1983 melalui pelan lukisan Bernard Lewis mencatur New Middle East (Pemetaan Semula Asia Barat).

Kemudian ‘jasanya’ itu diupdate oleh Leftenan Ralph Peters pada 2006. Masih lagi mengekalkan pelan untuk mewujudkan negara Kurdistan Raya.

(3)     Agenda ini perlu dijayakan oleh Amerika kerana ia bakal menjadi satu pangkalan besar Amerika di Asia Barat, termasuk penguasaan loji-loji minyak.

Mereka membakar api Nasionalism di kalangan orang-orang Kurdistan yang berada di sempadan Syria, Iraq dan Iran untuk bangkit sebagai sebuah negara berdaulat.

(4)     ISIS antara yang berperanan menjayakan pelan ini. Boleh lihat lokasi penjajahan dan serangan ISIS di sekitar sempadan 3 negara ini. Namun, IRGC berjaya mengekang mereka pada 2017.

Kekangan ini menyebabkan Amerika tercabar, ditambah pula dengan periuk periuk nasi mereka di Iraq turut diganggu oleh Jeneral Qassim Sulaiman. Mungkin inilah faktor beliau dibunuh.

Oleh : MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL

[1] https://en.irna.ir/news/82737315/General-Soleimani-congratulates-end-of-Daesh-terroristsHARAKAHDAILY 5/1/2020

- Advertisement -
- Advertisement -