Pembunuhan Jeneral: Umat Islam masih dalam kotak

- Advertisement -

PSYWAR Amerika

(1)     Kita diberitakan dengan pembunuhan Komander tertinggi Iran, Jeneral Qassim Sulaimani. Bagi saya ia adalah isu yang besar pada era ini.

Beberapa artikel saya sebelum ini ada menulis tentang sengketa antara Amerika dan Iran (boleh lihat pautan). Yang terakhir pada 29 November 2019.

(2)     Iaitu Israel telah isytihar perang, dalam sebulan yang lepas. Israel macam biasa, menggunakan Amerika sebagai proksi untuk mendominasi psywar.

(3)     Berita-berita Barat menyiarkan kenyataan-kenyataan tuduhan Amerika Israel terhadap Iran. Seolah-olah Amerika ingin menang dalam psywar, sebelum ia menjadi realiti.

Alasan mereka ialah, Iran cetuskan keganasan, sekalipun mereka tiada bukti yang konkrit. Apatah lagi sejak sekian lama mereka menghidangkan fenomena teroris di negara-negara Arab.

Semata-mata menghalalkan agenda Amerika untuk menyerang pesaing-pesaing mereka. Amerika seolah-olah sudah agak yakin untuk ‘berpencak’ sekalipun sebelum ini dilihat sekadar gimik.

(4)     Antara yang di’psywar‘kan oleh media CNBC;

“Ketua Soleimani dan Pasukan Qudsnya bertanggungjawab atas kematian ratusan anggota Amerika dan anggota gabungan dan cedera ribuan lagi”.

“Beliau telah menganjurkan serangan ke atas pangkalan-pangkalan gabungan di Iraq sejak beberapa bulan lalu – termasuk serangan pada 27 Disember – memuncak dalam kematian dan mencederakan kakitangan Amerika dan Iraq tambahan”

“Jeneral Soleimani juga meluluskan serangan ke atas Kedutaan AS di Baghdad yang berlangsung minggu ini”

Respons balas

(1)     Sejam selepas pengumuman Pentagon tentang serangan tersebut, Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menyatakan;

“The US act of international terrorism, targeting & assassinating General Soleimani— THE most effective force fighting Daesh (ISIS), Al Nusrah, Al Qaeda et al — is extremely dangerous & a foolish escalation.

“The US bears responsibility for all consequences of its rogue adventurism”

(2)     Berikutan pembunuhan ini, Helima Croft, Ketua Strategi Komoditi Global di RBC Markets, memberi amaran;

“This brings us to the precipice of a full-blown shooting war with Iran — not a shadow war or a proxy war.”

“It is almost impossible to overstate the implications of this event,”

(3)     Joe Biden, Calon Presiden Democrat turut memberi amaran;

“Iran will surely respond. President Trump just tossed a stick of dynamite into a tinderbox, and he owes the American people an explanation of the strategy and plan to keep safe our troops and embassy personnel, our people and our interest, both here at home and abroad, and our partners throughout the region and beyond”

(4)     Senator Elizabeth Warren turut memberi respons;

“Soleimani was a murderer, responsible for the deaths of thousands, including hundreds of Americans. But this reckless move escalates the situation with Iran and increases the likelihood of more deaths and new Middle East conflict. Our priority must be to avoid another costly war”

(5)     Dalam isu ini jelas menunjukkan Amerika ‘mencari pasal’ untuk mencetuskan peristiwa hitam dalam peperangan yang lebih serius antara Amerika dan Iran.

Kesalahan undang-undang

(1)     Media-media Barat, termasuk figure-figure Pro Amerika (atau Pro Trump) dilihat mula menyebut-nyebut keganasan yang dilakukan oleh Iran sehingga menyebabkan kematian orang Amerika.

Termasuklah serangan terhadap telaga minyak Arab Saudi pada September 2019 sehingga menyebabkan terencatnya sebahagian besar pengeluaran minyak.

(2)     Apakah dunia sedang menghala ke arah suasana yang lebih kritikal dan parah? Israel yang sudah bertapak di Asia Barat (Palestin) dilihat perlu menjaga wilayah mereka.

Amerika bertindak mengadakan hubungan normalisasi dengan negara-negara Arab bagi melindungi Israel di Palestin. Namun usaha mereka tak semuanya berjaya.

(3)     Amerika seolah-olah tergesa gesa untuk menjayakan agenda Israel Raya. Trump memberi respons terhadap serangan ke atas Jeneral Sulaimani mengatakan tindakan mereka adalah bagi menyekat keganasan Iran.

(4)     Sarjana Undang-undang Antarabangsa yang terkenal, Prof. Mary Ellen O’Connell dari Notre Dame Law School, mempunyai pandangan tentang implikasi undang-undang ini;

“Pre-emptive self defence is never a legal justification for assassination. Nothing is. The relevant law is the United Nations Charter, which defines self defence as a right to respond to an actual and significant armed attack,” katanya.

(5)     Antara yang lain, beliau berpandangan, penggunaan drone untuk membunuh Jeneral Iran Qasem Soleimani di Baghdad tiada hujah yang logik.

Iaitu serangan bersenjata Iran ke atas Amerika di Iraq tidak wajar dijadikan alasan untuk membunuh beliau kerana Iran tidak menyerang wilayah berdaulat Amerika Syarikat.

“Dalam kes ini, Amerika Syarikat bukan sahaja melakukan pembunuhan tanpa hukum, ia telah melakukan serangan menyalahi undang-undang di Iraq sendiri.” Katanya lagi.

Perang siber?

(1)     Hari ini (3 Januari), CCN ada menyiarkan berita bahawa Iran berpotensi untuk membuat serangan balas, tetapi dalam bentuk serangan siber.

Antara tujuannya ialah ‘mengacau’ sistem ekonomi Amerika;

a-     Sejak tahun 2009, keupayaan siber Iran telah berkembang dengan kecanggihan. Keupayaan ini menurut laporan pada Oktober 2009 oleh Institut Keamanan Amerika Syarikat

b-     Beberapa contoh baru-baru ini, pada bulan Oktober 2019, Microsoft mendedahkan penggodam yang dikaitkan dengan Iran dalam cubaan serangan siber yang tidak berjaya pada kempen Presiden Amerika 2020

c-     Pada 2018, Jabatan Kehakiman Amerika menuduh dua lelaki Iran untuk skim peretasan dan malware yang mensasarkan hospital dan pejabat perbandaran di seluruh negara.

d-     Pada tahun 2014, siber Iran menyerang syarikat Kasino Sands dan mencuri data pelanggan, menurut Pengarah Perisikan Amerika.

(2)     Berita CNN belum pasti boleh dipercayai. Antara dua, sekiranya berita ini benar, bermakna mereka meramal Iran bakal membalas serangan melalui alam siber.

Sekiranya tidak benar, Amerika seolah-olah ingin mencari alasan untuk menerobos sistem siber Iran secara halal, sepertimana frame yang biasa mereka lakukan.

(3)     Walau bagaimanapun, banyak pengkaji lebih cenderung menjangka bakal wujudnya pertempuran bersenjata di padang realiti. Sekiranya benar ramalan ini, pastinya teknologi Drone Swarm bakal menjadi dominan.

(4)     BBC menyiarkan kenyataan Lewis Alcott adakah wujudnya kemungkinan Perang Dunia Ketiga? Beliau tidak berpandangan sedemikian.

Antara alasannya ialah tragedi ini masih tidak melibatkan kuasa-kuasa besar yang lain seperti Rusia dan China. Walau bagaimanapun, segalanya kuasa Allah.

Umat Islam masih dalam kotak

(1)     Sepertimana yang telah direncanakan oleh Barat selama ini untuk memastikan kuasa Islam itu terencat adalah dengan meniupkan sentimen mazhab.

Maka sebahagian orang Islam menganggap pembunuhan ini antara dua musuh iaitu Amerika dan Syiah. Maka golongan yang mendakwa dirinya ‘Sunni’ seakan-akan meng‘ignore’ berita seperti ini.

Tidak merasakan bahawa pembunuhan itu melibatkan orang Islam yang penting dalam mengancam Amerika. Bahasa mudahnya Amerika mampu melakukan sedemikian kerana melihat orang Islam sudah mabuk dengan sentimen mazhab.

(2)     Apatah lagi mereka merasakan bahawa gerakan Muslim Moderate sudah cukup ‘bijak’ untuk menggambarkan suasana ke-terrorist-an negara negara Umat Islam.

Sebab itu saya katakan di awal tadi bahawa Amerika cuba menjuarai psywar sebelum berentap perang secara realiti. Apatah lagi mereka sedang kuasai media.

(3)     Minda Umat Uslam pula masih lagi terikat dengan isu sektarian mazhab. Menggambarkan betapa berjayanya Amerika mencetuskan pertembungan sesama Umat Islam.

Ada pula yang berseronok pula dengan pembunuhan tersebut, dengan alasan Syiah telah membunuh ribuan Umat Islam Sunni di Syria kononnya.

Maka, survival Amerika untuk mengganas lebih berpeluang cerah disebabkan kebodohan Umat Islam yang masih terkongkong dalam kotak sektarian.

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL

Pautan:
https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1248347075358763/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1188132171380254&id=251201991739948
HARAKAHDAILY 4/1/2020

- Advertisement -
- Advertisement -