Bina negara atas dasar Syariat Islam

- Advertisement -

PARIT BUNTAR: Lazimnya di seluruh negara menantikan detik jam 12:00 tengah malam dengan pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang malam ambang tahun baharu termasuklah percikan bunga api dan seumpamanya.

Namun, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menampilkan kelainan menyajikan program dakwah bermanfaat khususnya sebagai alternatif kepada anak muda menyambutnya dalam suasana ‘biah solehah’ dan mengelak kemaksiatan.

- Advertisement -



“Hiburan dibenarkan dalam Islam dengan garis panduan yang sempurna selari dengan naluri dan fitrah manusia, malah pengisian aktiviti sudah pasti sentiasa mengingati Allah S.W.T.

“Apabila diterapkan Islam dalam kehidupan kita, maka perjalanan sebuah negara juga mestilah dibina atas dasar syariat Islam,” ujar Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Street Dakwah Malam Tahun Baharu 2020 di Dataran Purnama, PASTI Mujahidin, Kampung Kedah anjuran Lajnah Dakwah Pemuda PAS Perak, baru-baru ini.

Program tahunan tersebut telah dijayakan bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar serta dihadiri Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS Perak, Ustaz Muhammad Hakimi Abdul Mutalib berkata, walaupun berlaku perubahan tempat atas nasihat polis, namun kehadiran tetap ramai.

Turut hadir menjayakan pengisian malam tersebut, selebriti dakwah tanah air, PU Yeop menyampaikan tazkirah, manakala kumpulan Daei Buskers menyajikan persembahan bertenaga patuh syariah. – HARAKAHDAILY 4/1/2020

- Advertisement -