Youth Power: Cerminan politik masa depan

- Advertisement -

MUAK dengan politikus

(1)     Fenomena generasi muda yang muak dengan mainan politikus-politikus atau sudah bosan dengan parti politik semakin dibincang dan subur di peringkat global.

Sepertimana yang telah saya nyatakan di dalam artikel yang lepas berkenaan dengan Generasi Z yang dilihat sudah bosan dengan sandiwara dan hidangan politikus pada hari ini.

(2)     Sebelum pilihan raya hidangkan macam-macam janji, hapuskan cukai, hapuskan tol, hapuskan PTPTN, janji pendidikan percuma dan sebagainya.

Namun setelah berkuasa janji-janji itu hanyalah capati. Mereka yang diberi kuasa semakin rakus berbanding sebelum diundi. Fenomena ini sangat kontra dengan Generasi Z yang bakal mencorak dunia.

(3)     Bukan sahaja di peringkat nasional, bahkan di peringkat global, kempen ini dijayakan. Ia dijayakan atas slogan Youth Power (kuasa anak muda).

Atas alasan ‘orang-orang tua’ dalam politik tak boleh lagi diharap. Anak-anak muda merasa terpanggil untuk bangkit bagi menamatkan segala krisis kemiskinan penindasan dan perubahan iklim.

(4)     Selama ini janji-janji yang ditaburkan dilihat hanya semata-mata idea. Tidak diserapkan sebagai realiti menyebabkan ia kelihatan palsu dan mempermainkan masyarakat awam.

Seolah-olah politik itu adalah pentas teater yang dilakonkan oleh watak-watak pejuang hak rakyat, watak dermawan, watak sayangi OKU dan bermacam-macam watak lagi.

Anak muda yang bangkit

(1)     Seolah-olah anak muda tertanya-tanya sampai bila kita perlu tertipu? Sehingga bilakah janji-janji ini akan menjadi realiti? Soalan-soalan ini menjadi mainan dalam pemikiran anak muda.

Manakala ahli-ahli politik hanya tahu bermain kata dan merancang agenda memenuhkan poket sendiri sahaja. Memperjuangkan hak rakyat hanyalah mitos.

(2)     Antara yang telah saya paparkan sebelum ini beberapa negara yang sudah mula beralih ke arah mengurangkan had minima umur mengundi termasuklah Malaysia.

(3)     Kempen yang sedang dilancarkan di peringkat global ini ke arah mewujudkan satu rangkaian anak muda sedunia. Dilihat bermula dengan Greta Thunberg yang diikonkan.

Beliau digambarkan sebagai seorang yang lantang menentang kerakusan pemerintah sehingga menyebabkan pencemaran demi kekayaan mereka.

(4)     Begitu juga pimpinan-pimpinan tertinggi beberapa buah negara sudah mula mengangkat pelapis-pelapis muda. Seperti ia bukan satu kebetulan, tetapi kelihatan diframekan.

(5)     Apa yang terjadi di dunia hari ini berlakunya Global Protes yang didominasi oleh anak muda. Pada awalnya hanya sekadar slogan tidak puas hati dengan penyelewengan duit negara.

Tetapi lama-kelamaan mula berubah kepada warna revolusi yang ditemplatekan. Apakah Youth Power ini bakal memberi untung pengaruh kepada Barat?

Atau bagaimanakah caranya bagi gerakan Islam untuk mengemudi arus ini? Perkara ini pernah ditulis oleh tokoh-tokoh gerakan Islam satu ketika dahulu yang perlu dibelek semula

Anak muda dalam sejarah

(1)     Anak muda dikenali dengan sifat kegelojohan, lantang dan berdaya saing. Mempunyai idea yang segar dan tindakan-tindakan yang baru.

a-     Kalau dahulu anak muda Acheh diperalatkan untuk mencetuskan pertembungan dengan Kaum Tua, menyebabkan stamina mereka dihabiskan untuk berperang atas topik khilafiah.

Akhirnya Acheh tumbang pada 1522 oleh Belanda hasil strategi halus Snouck Hurgronje yang berjaya menguasai pendekatan baru anak muda.

b-     Anak muda Turki (Young Turks) pernah diperalat untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II di era kejatuhan Khilafah Uthmaniah.

(2)     Kenapa mesti kuasai pengaruh anak muda? Walaupun di peringkat global hari ini statistik mengatakan anak muda seramai 41 peratus. Apa yang dibincangkan oleh Youth Power adalah memposisikan anak muda di tempat yang sepatutnya.

(3)     Jika kita belajar daripada sejarah kita akan lihat bagaimana anak-anak muda walaupun bukanlah golongan majoriti tetapi mereka mempunyai pengaruh dan kebolehan yang besar.

a-     Contohnya pada zaman Socrates antara sebab beliau dijatuhkan hukuman bunuh kerana idealoginya yang banyak mempengaruhi anak-anak muda.

Anak-anak muda di zamannya mula menggunakan pendekatan ‘mantik’ menyebabkan khurafat dan kekarutan masyarakat Athen ketika itu yang menyembah dewa-dewa, tertolak.

b-     Manakala pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, dakwah awal Baginda mudah diterima oleh anak-anak muda seperti Saidina Ali R.A dan sebagainya.

Gelombang era baru

(1)     Perlu diingat sekalipun anak muda itu peratusnya bukanlah majoriti tetapi penguasaannya sangat berpengaruh, tenaganya sangat berstamina dan pemikirannya menjangkaui masa depan

(2)     Youth Power di peringkat global mensasarkan satu objektif yang dipanggil Global Goals. Youth Power menggerakkan satu move terhadap isu-isu kemanusiaan dan kesemulajadian.

(3)     20-27 Sempember 2019 berlakunya ‘move’ besar-besaran yang melibatkan 7.6 juta orang di beberapa buah negara akibat pembakaran hutan antaranya di Bolivia. Ia diberi nama Global Climate Strike.

a-     Move ini melibatkan 185 buah negara, 73 kesatuan kerja, 3024 perniagaan, 820 organisasi dan 8583 laman web. Bermula dari aktivis orang asli, dan seterusnya di’bom’ oleh media.

b-     Kemudian disambut sehingga mencecah 185 buah negara, berhimpun menyatakan bantahan terhadap pembakaran hutan dan kerakusan para politikus.

Bantahan ini dianjurkan oleh ‘Fridays for Future’, sebuah gerakan yang dipimpin oleh anak muda yang dimulakan oleh aktivis Sweden, Greta Thunberg, anak muda yang diceritakan tadi.

(4)     Begitu juga dalam protes-protes di seluruh dunia banyak diangkat oleh suara-suara anak muda sebagai hero seperti Ala Salah di Sudan, dan protes di Hong Kong.

Walaupun kita sedar masing-masing digerakkan dan dicaturkan oleh Warna Revolusi, tetapi agenda untuk menghancurkan anak muda perlu diperhatikan.

(5)     Bimbang juga Youth Power ini diframekan oleh agenda Liberalism. Logo-logo mereka ada yang meletakkan simbol burung, sebagai simbolik kebebasan.

Mapping young people’s political views

(1)     Ada satu kajian yang bertajuk Populism, Ideology and Contradiction: Mapping Young People’s Political Views, tulisan Gary Pollock, Tom Brock and Mark Ellison.

Kajian 26 halaman ini pada muqaddimahnya menceritakan tentang realiti politik hari ini yang sarat dengan Populism. Bahkan fenomena ini sudah serasi di peringkat global.

(2)     Fenomena Populism ini dilihat menjadi segar 20 tahun kebelakangan ini setelah dunia semakin diikat dengan demokrasi sejak pasca Perang Dunia II.

Kajian beliau lebih menjurus kepada minda anak muda, sejauh mana penerimaan terhadap strategi politik populis yang mencorak demokrasi dunia.

(3)     Antara yang dinyatakan ialah kewujudan parti-parti politik adakalanya menyebabkan isu-isu sukar didengari oleh atasan. Realiti inilah yang menyebabkan anak muda semakin menyampah.

(4)     Antara yang dinyatakan juga Populism anak muda dilihat agak berbeza dalam meraih pengaruh dan crowd. Antara yang dinyatakan oleh penulis;

“In mapping young people’s political views, we find evidence to suggest thatthere is a variability/plurality of populisms that young people deploy, across Europe, to contend with social and political issues that are local and regional inscope. This makes it difficult to essentialize what populism constitutes as youngpeople’s views comprise a variety of ideological elements – often contradictory –and this is why location and regional factors must be considered. Evidence showsthat there is an important macro element to the shaping of young people’s political views and this should be acknowledged when describing manifestations ofpopulism”

(5)     Justeru, gerakan Islam perlu segarkan konsep perkaderan mereka supaya dapat menambat hati Generasi Z. Alam perkaderan Generasi X dan Y sudah berlalu.

Tidak perlu takut untuk mencipta pembaharuan. Bukan bermaksud terikut dengan arus, tetapi perlu berpijak pada realiti dengan olahan idea-idea yang kritis.

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 3/1/2020

- Advertisement -
- Advertisement -