Pelancong Singapura diberi kain semutar

    - Advertisement -

    KOTA BHARU: Penerbangan Scoot Airline dari Singapura mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra membawa 42 penumpang jam 5.10 petang tadi.

    - Advertisement -


    Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab Rahman berkata, kunjungan pelancong terbabit sempena kempen Tahun Melawat Malaysia dan Kelantan 2020.


    Katanya, kerajaan negeri berharap pelancong dari dari negara lain datang ke Kelantan bagi menikmati melalui percutian bersama keluarga, makanan tradisional dan festival yang diadakan.


    “Kita berharap Kelantan melekat di hati mereka untuk bertandang lagi,” katanya selepas menyambut kedatangan pelancong dari Singapura.


    Turut hadir Pengarah Tourism Kelantan, Hafiz Hazim; Pengarah Perbadanan Muzium Kelantan, Arifin Husin dan Pengurus Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Ahmad Fikri Samsudin.


    Pada program itu beliau menyampaikan kain semutar dan cenderahati kepada pelancong. Selain itu turut diadakan persembahan kebudayaan oleh kakitangan Jabatan Kebudayaan dan kebudayaan Negeri (JKKN) Kelantan.


    “Lapangan terbang di sini juga merupakan salah satu lokasi yang dipilih untuk menyambut kedatangan pelancong ke Kelantan sempena Visit Malaysia 2020,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/1/2020

    - Advertisement -