PAS kecam serangan ke atas Jeneral Qassem Soleimani

- Advertisement -

PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al-Marhum Jeneral Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh pihak Amerika Syarikat di Baghdad, pagi ini.

- Advertisement -

PAS melahirkan rasa kesal terhadap insiden ‘keganasan antarabangsa’ yang melampaui batas ini, dan mengecam campurtangan pihak Amerika Syarikat dalam urusan dalaman di Timur Tengah yang boleh meningkatkan ketegangan di rantau tersebut.

Semoga roh Al-Marhum Jeneral Qassem Soleimani ditempatkan di kalangan para syuhada dan hamba-Nya yang soleh.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 7 Jamadil Awwal 1441 / 3 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 3/1/2020

- Advertisement -