Jangan pula pendidikan negara dikawal DAP

- Advertisement -

KOTA BHARU: Perletakan jawatan Dr Maszlee Malek sabagai Menteri Pendidikan diharap tidak menggambarkan dasar pendidikan negara dikawal DAP.

- Advertisement -


Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohd Ariff Abdullah berkata, biar apapun yang berlaku secara jelas bekas pensyarah terbabit menjadi ‘korban’ strategi Tun Dr Mahathir Mohamad.


Katanya, mungkin disebabkan tekanan tertentu bekas Menteri Pendidikan itu menjadi mangsa percaturan politik perdana menteri.


“Mungkin juga ada strategi tertentu sehingga dikorbankan kedudukan Dr Maszlee. Kita harap supaya apa yang berlaku itu tidak merugikan orang Melayu.


“Kita tahu kementerian terbabit begitu penting untuk membentuk acuan masa hadapan negara,” katanya di sini.


Semalam Dr Maszlee mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan selepas ura-ura rombakan kabinet diperkatakan sejak Julai lepas. – HARAKAHDAILY 3/1/2020

- Advertisement -